saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 06/09/2005

Kanang sifatkan tulisan Ronnie Liu berbahaya

KUCHING 5 Sept. - Bekas perajurit, Kanang Langkau menyifat tulisan Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu bahawa ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan adalah berbahaya.

Menurut Kanang, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Ronnie Liu kerana kenyataan itu tidak berasas dan melampau.

Ini adalah kerana kenyataan yang ditulis dalam Internet lebih merbahaya daripada senjata kerana ia dibaca oleh berjuta-juta orang, katanya.

``Tindakan menafikan para pemimpin UMNO termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang sebenar kemerdekaan adalah mengelirukan sama sekali,'' katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut Kanang, adalah tidak wajar untuk menganggap ketua PKM itu sebagai pejuang kemerdekaan kerana PKM telah membunuh banyak nyawa sepanjang perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Komunis.

Kanang, salah seorang bekas tentera yang menerima Pingat Gagah Berani berkata, pemimpin DAP itu harus sedar bahawa negara ini sudah aman dan rakyat bebas untuk bergerak ke mana sahaja.

``Apa lagi yang mereka hendak, negara kita sudah merdeka dan sudah aman janganlah kita hendak mengelirukan pemikiran rakyat,'' katanya.

Menurut Kanang, tidak salah untuk menjadi pembangkang tetapi biarlah memberi pandangan demi kepentingan rakyat supaya mereka menikmati hidup yang lebih baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.