saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/09/2005

Hampir separuh syiling palsu RM1 di pasaran


PULAU PINANG 13 Sept. - Hampir separuh daripada RM34 juta syiling RM1 yang kini berada di pasaran dipercayai wang palsu.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, aktiviti pemprosesan wang syiling palsu semakin berleluasa dengan menjadikan premis-premis perniagaan terutama pusat hiburan dan perjudian sebagai sasaran.

Senario itu, kata sumber itu, mungkin antara sebab utama mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah drastik menghentikan penggunaannya selepas 7 Disember ini.

Jika tidak dibendung, menurut sumber tersebut, ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Ini kerana bekalannya boleh diperoleh daripada sindiket-sindiket tertentu di pasaran gelap dalam tempoh singkat dengan hanya membayar RM60 bagi setiap 100 keping syiling RM1.

Apa yang pelik, kata sumber itu, BNM sudah menghentikan pengeluaran syiling RM1 sejak tahun 2000 namun masih banyak kepingan syiling di pasaran yang mempunyai tahun cetakan 2004.

``Difahamkan BNM sudah menghentikan pengeluaran syiling RM1 sejak 2000 lagi dan ini membuka peluang kepada sindiket-sindiket memproses syiling palsu bergerak aktif kerana permintaan menggalakkan,'' katanya.

Sumber berkenaan mengulas langkah kerajaan menghentikan penggunaan duit syiling RM1 di pasaran bagi menyekat kegiatan pemalsuan yang dikatakan semakin berleluasa.

BNM dalam satu kenyataan pada 5 September lalu mengumumkan orang ramai diberi tempoh tiga bulan untuk menjalankan urus niaga menggunakan syiling berkenaan dan mereka boleh menukarnya pada nilai muka tanpa sebarang caj.

Mengulas mengenai cara memproses wang syiling berkenaan, sumber itu menjelaskan, ia mudah dibuat dengan cara mengadun tiga unsur galian iaitu tembaga, zink serta timah dan dijadikan dalam bentuk batang.

Bagi memproses syiling palsu, sindiket akan mengurangkan peratusan adunan tembaga kerana ia mahal.

Katanya, batang syiling itu yang telah siap dibentuk dalam ukuran diameter, akan dipotong menjadi kepingan syiling menggunakan mesin tertentu sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

``Bagi mewujudkan kesan luntur, kepingan syiling itu perlu `digoreng' terlebih dahulu menggunakan pelbagai bahan termasuk asam jawa dan sejenis peluntur bagi menghilangkan kilatnya supaya kelihatan seperti syiling lama.

``Pemprosesan syiling palsu ini boleh dilakukan oleh sesiapa pun atau dibuat di belakang rumah tanpa menggunakan peralatan khas atau kilang tertentu,'' ujar beliau.

Pada 24 Mac lalu, polis melumpuhkan satu sindiket memproses wang syiling RM1 palsu serta merampas kira-kira 30,000 keping syiling bersama dua mesin memproses dalam serbuan di Puchong, Selangor.

Pada 22 Januari pula, satu sindiket pengeluaran wang syiling RM1 palsu turut dibongkar di Klang dan Seri Kembangan selain rampasan sejumlah RM20,000 dipercayai baru dibuat di sebuah kedai yang ditinggalkan kosong.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.