saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 18/09/2005

Susu kuda liar bunuh sel kanser

PERNAHKAH anda minum susu kuda liar? Barangkali ramai juga yang pernah minum susu kuda tetapi hanya segelintir yang minum susu kuda liar!

Tahukah anda? Susu kuda liar dari baka tertentu memberikan banyak kelebihan dan berkhasiat berbanding dengan susu lembu dan kambing.

Ia berjaya dibuktikan secara saintifik melalui program penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik dari universiti-universiti tempatan.

Susu kuda liar ini mempunyai protein yang mengandungi nilai-nilai terapeutik unik serta mampu membunuh sel-sel yang memudaratkan melalui kajian klinikal di makmal.

Ia juga mengandungi bahan antikanser dan antioksidan yang dapat membantu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh daripada menjadi rosak dan dijangkiti sel-sel kanser.

Susu kuda liar ini yang pada asalnya hanyalah minuman untuk kesihatan tubuh itu berupaya mencegah beberapa penyakit yang telah dikenal pasti.

Penemuan susu kuda liar

Pengarah Urusan, Setia Brothers Sdn. Bhd. (SBSB), Norhayati A. Rahim memberitahu, penemuan susu kuda liar itu adalah secara kebetulan.

Malah menganggap, ia lebih kepada anugerah yang Maha Esa untuk mereka menyebarkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Mengimbas detik-detik penemuan itu, Norhayati berkata, suaminya bertemu seorang kenalan dalam satu penerbangan ke luar negara yang memberitahu akan kelebihan susu kuda liar itu.

Dia menggunakannya sebagai penawar untuk merawat anak kenalannya yang sakit berpanjangan.

Sebaik sahaja mendengar cerita rakan barunya itu, suaminya berasa terpanggil untuk ke pulau yang dinyatakan di mana terdapatnya kuda-kuda liar berbaka unik ini.

Dia menemui lokasi tersebut dan berjaya mendapatkan susu kuda liar itu untuk diperkenalkan di Malaysia.

Sejak itu Norhayati telah menerima maklum balas yang amat positif daripada mereka yang mengamalkan minuman itu.

``Ini mendorong kami untuk melakukan kajian mengenai susu kuda liar ini bagi membolehkan kami menjualkannya kepada mereka yang memerlukan,'' ujar Norhayati.

Katanya lagi, minuman kesihatan susu kuda liar yang dikenali sebagai Niemans SKL telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Bahagian Kawalan Mutu Makanan sebagai makanan tambahan.

Kelulusan ini penting dalam memastikan produk yang dikeluarkan dalam bentuk cecair dan kapsul selamat digunakan serta tidak menjejaskan kesihatan pengguna.

Pasaran lebih meluas

Beliau juga memberitahu, sejak diperkenalkan minuman suplemen ini pada tahun 1996 lalu, pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan dan positif.

Pihaknya merasakan sudah sampai masanya produk ini dipasarkan di pasaran terbuka.

Katanya, di dalam perancangan tahun 2005, SBSB telah membuat persediaan dengan strategi perniagaan yang lebih ampuh dengan menyediakan produk yang mampu memenuhi permintaan dengan jumlah yang banyak.

Malah katanya, pihaknya juga akan melancarkan semula Niemans SKL ini tidak lama lagi dengan membuat promosi secara lebih agresif dan menyeluruh melalui media cetak dan gerai jualan.

Selain daripada itu, SBSB juga akan memperkenalkan produk-produk tambahan dan baru yang berasaskan susu kuda liar ini menjelang akhir tahun ini.

Kesan pengambilan Niemans SKL

- Produk Niemans SKL ini mengandungi bahan antioksidan yang aktif dan berupaya memberikan tenaga yang menyegarkan bagi mereka yang berusia ataupun warga emas

- Ia juga mempunyai sejenis protein yang mampu melambatkan proses penuaan dan juga dapat menghindarkan tekanan (antistres)

- Niemans SKL juga mampu melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan terutama ke bahagian jantung

- Pengambilan yang berterusan untuk penjagaan kesihatan mampu meningkatkan tahap imunisasi dan antibodi di dalam tubuh badan dan berupaya untuk mencegah dan melawan penyakit.

Niemans SKL dan penyakit

Susu kuda liar, Niemans SKL yang diperkenalkan oleh SBSB ini sudah pun diperakui oleh pakar-pakar penyelidik universiti-universiti tempatan.

Menurut Norhayati, ia mampu diperkenalkan sebagai salah satu rawatan alternatif terhadap penyakit yang berkaitan dengan kanser dan leukemia.

Di dalam kajian yang dijalankan itu, pihak penyelidik mendapati susu kuda liar ini mampu bertindak balas dengan penyakit kanser buah dada, usus, pangkal rahim, ovari dan dua jenis leukemia.

Katanya, dari tinjauan dan pemerhatian, pihaknya juga mendapati tindak balas positif terhadap beberapa penyakit berpunca daripada komplikasi berkaitan sistem darah antaranya penyakit denggi, diabetes, darah tinggi, asma dan lain-lain.

Pengalaman pengguna susu kuda liar

Kes 1

Ranita Mat Teh, dari Jerantut, Pahang memberitahu, beliau akan berikhtiar apa sahaja demi mengubati penyakit yang dideritainya.

Apabila mengetahui terdapat benjolan kanser dalam buah dada, Ranita berasa risau.

Lantas, selepas mengetahui mengenai susu kuda liar ini yang mempunyai nilai-nilai terapeutik di akhbar-akhbar sebelum ini, membuatnya berasa terpanggil untuk mencubanya.

``Saya minum susu kuda liar sambil berdoa agar ia dapat menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Hasilnya bukan sahaja saya terperanjat malah doktor yang merawat juga berasa hairan dengan proses penyembuhan yang begitu cepat.

``Apabila kita sakit, apa sahaja yang boleh dijadikan penawar, kita akan terus berikhtiar. Alhamdulillah apabila saya mengamalkan minum susu kuda liar ini keadaan saya semakin baik,'' ujar Ranita yang masih meneruskan rawatan doktor itu.

Kes 2

Mohd. Shuib Salleh, memberitahu anaknya Muhammad Arif 7 tahun, penghidap asma yang teruk, diserang demam denggi.

``Akibat serangan denggi, tahap platelet dalam contoh darah anak saya menurun sehingga ke paras 195 dan diminta datang lagi pada 24 Jun 2005.''

Bagaimanapun kata Mohd. Shuib sehari sebelum tarikh tersebut, dia membeli Niemans SKL dan memberi anaknya minum dengan mencampurkan sedikit madu lebah, tiga kali sehari.

Keesokan harinya, doktor mengesahkan kiraan platelet kembali normal dengan bacaan 205. Keputusan ujian darahnya juga baik tanpa jangkitan virus manakala serangan penyakit asma yang dihidapinya semakin berkurangan.

Mengenai kuda liar dan persekitarannya

Baka kuda liar yang terdapat di ladang SBSB di sebuah pulau di luar negara adalah unik memandangkan lokasinya yang terletak di kawasan tinggi pada tahap ketinggian 3,500 kaki di atas paras laut.

Kuda-kuda liar ini hanya memakan pohon-pohon herba dan berjenis-jenis rumput yang menjadi diet seharian.

Pihak SBSB akan memulakan program percubaan dengan membawa masuk sebanyak 300 ekor kuda liar itu secara berperingkat-peringkat dari ladang SBSB di pulau asal ke ladang SBSB yang terdapat di Lojing, Gua Musang, Kelantan.

Kawasan ini juga dikenal pasti mempunyai ciri-ciri persekitaran yang hampir sama dengan ladang di pulau negara asal.

Projek percubaan ini, meliputi program R&D yang akan dijalankan secara usaha sama dengan beberapa agensi kerajaan dan universiti-universiti tempatan.

Ia melibatkan aktiviti pembiakan, reproduksi, penternakan, pengeluaran susu serta mempertingkatkan hasil pengeluaran serta kualiti susu yang dihasilkan.

Kata Norhayati, apa yang jelas susu kuda liar ini bagaikan memberi nafas baru kepada mereka yang memerlukannya.

Ujarnya, pihaknya berasa gembira setiap kali mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna selepas mereka mengambil susu kuda liar ini sebagai amalan.

Jelas beliau lagi, yang penting, minum mengikut dos yang ditetapkan. Rasanya tidak seenak susu biasa dan bagi mereka yang sukar menelannya boleh mencampurkan sedikit madu lebah bagi menyedapkan rasa susu kuda liar ini.

Dalam perancangan memperluaskan pemasarannya tahun ini, SBSB kini menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis di tiap-tiap buah negeri dan bersedia untuk membimbing mereka mengembangkan perniagaan masing-masing. Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan SBSB melalui talian 03-41438749/50.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.