saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/09/2005

Polemik ideologi selepas runtuhnya fahaman komunis


PADA bulan Jun 1998 BBC London menyiarkan sebuah program berjudul ``Malaya: The Undeclared War'' dan antara para tamunya ialah Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM). Kunjungannya ke England dikatakan kali pertama dan BBC telah menemuinya sebelum itu di Thailand, sedang menulis memoirnya.

Lalu seorang penulis British, Neal Ascherson, yang dulu berkhidmat sebagai askar dalam masa darurat, mengambil kesempatan untuk menginterviu Chin Peng bagi akhbar Observer.

Laporannya diberi tajuk: ``Akhirnya saya berjumpa dengan orang yang saya diperintah membunuhnya 40 tahun lalu dan dia tersenyum.''

Interviu itu berlaku semasa krisis ekonomi yang melanda beberapa buah negara Asia, termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia. Lantas dicatatkan reaksi Chin Peng mengenainya: ``Ekonomi mereka bukanlah begitu hebat sangat beliau mencebis, kesemuanya ekonomi yang mudah lingkup.''

Beberapa hal yang disebut mengenai darurat 12 tahun itu (1948-1960) menarik perhatian kini dalam konteks tesis setiausaha internasional DAP, Ronnie Liu baru-baru ini bahawa Tunku Abdul Rahman dan orang-orangnya dalam UMNO ``bukan pejuang kemerdekaan yang sebenarnya.''

Mengenai jumlah korban dalam masa darurat itu, Ascherson menulis: ``Laskar Chin Peng membunuh 1,865 orang anggota pasukan keselamatan, tetapi 6,700 laskarnya sendiri maut. Kira-kira 2,000 orang awam mati dibunuh - tentunya bilangan yang tidak tepat sama sekali.''

Beliau menyifatkan Chin Peng sebagai ``orang lama daripada kerancakan gerakan komunis pada masa lampau'' dan ``seorang wakil khas terhormat dalam pelbagai sidang Parti Komunis Rusia dalam masa tahun lima puluhan.''

Ascherson mengulas mengenai keputusan Chin Peng melancarkan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948 dan dengan itu bertanggungjawab bagi apa yang berlaku selanjutnya.

Beliau menulis: ``Sesetengah pihak berpendapat bahawa beliau sama sekali tidak ada harapan mencapai kemenangan. Namun, itu tidak meningkatkan ataupun mengurangkan tanggungjawabnya. Saya sendiri berasa bahawa beliau dulu ada harapan mencapai kejayaan, tetapi segala-galanya menjadi sesia kerana beberapa kekhilafan.

``Masalahnya ialah kaum proletariat orang Cina belaka manakala para tani pula orang Melayu dan beragama Islam dan pihak komunis yang hampir kesemuanya warga Cina, seperti Chin Peng sendiri - tidak menyedari faktor-faktor semangat kebangsaan dan agama. Beliau (Chin Peng) kini sedar betapa ideologi Marx-Lenin tidak pernah mengambil kira kekuatan semangat kebangsaan atau agama.

``Chin Peng mengundurkan markas tenteranya ke selatan Thailand pada tahun 1953 dan perjuangan bersenjata tamat pada tahun 1960. Beliau berhijrah ke negeri China melalui Vietnam dan bermastautin selama 25 tahun di Beijing. Ia kembali ke Thailand pada tahun 1989 untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata, lalu menetap di sana.

``Chin Peng masih berjiwa Marxist dan yakin dunia akan menjadi sosialis akhirnya nanti. Tetapi keruntuhan fahaman komunis di peringkat antarabangsa menjadikan ia berasa resah dan ia mengidami sesuatu yang digemarinya semasa di hutan dahulu, iaitu polemik ideologi.'' Tamat interviu.

Lain-lain hal yang dibangkitkan oleh Ronnie Liu telah pun dijawab oleh pelbagai pihak, termasuk beberapa nama yang disebut olehnya - Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanudin Al-Helmi, ketua-ketua perjuangan sayap kiri Melayu semasa dahulu.

Namun, dalam ingatan pelbagai pihak ialah rayuan kedua kepada Sukarno yang singgah di Taiping pada bulan Ogos 1945, supaya nama Malaya disebut dalam Deklarasi Kemerdekaan Indonesia, berikutan tewasnya Jepun kepada pihak Sekutu.

Dalam keadaan di waktu itu ia tentunya ditentang oleh orang-orang Cina di Malaya dan Singapura, sebagaimana juga orang Melayu menentang Semenanjung Tanah Melayu menjadi sebahagian dari negeri China melalui pemberontakan Parti Komunis Malaya.

Menjadi pengajaran ialah nasib malang orang Islam di USSR (Union of Socialist Republics) dalam masa pemerintahan komunis dahulu selama lebih 70 tahun.

Nasib mereka telah diceritakan, antara lain oleh Profesor Pengajian Islam Universiti Berne, Richard Schultze dalam bukunya History of the Islamic World (terbitan I.B. Tauris Publishers, London).

Tindakan-tindakan diambil untuk memesongkan orang Islam dan mengubah hukum-hukum Islam. Sekolah-sekolah agama dan mahkamah-mahkamah syariah ditutup. Hanya tinggal sejumlah kecil daripada 25,000 masjid dan madrasah di sebuah republik pemerintahan komunis. Di samping itu ``nasionalis Islam yang komunis'' berusaha mencantumkan ajaran-ajaran komunis dengan ajaran Islam.

Sebuah cerita oleh Allahyarham Boestamam menjelaskan betapa nasionalis yang komunis memainkan peranan. Terlibat dalam kisah itu ialah Dr. Burhanudin dan Mokhtaruddin Lasso, seorang komunis Melayu. Peristiwa berlaku dalam masa rehat kongres Parti Kebangsaan Melayu di Ipoh pada tahun 1945.

Mokhtaruddin tiba-tiba bertanya: ``Apakah benar Tuhan itu ada, tuan doktor? Benarkah Dia berkuasa?''

``Sudah tentu saja Tuhan ada,'' Dr. Burhanudin menjawab dengan ringkas.

Mokhtaruddin membalas: ``Kalau benar Dia berkuasa suruhlah Dia membuat sepasang terompah kayu sekarang ini dan kalau Dia boleh membuatnya saya akan percaya Tuhan itu ada dan Dia berkuasa, tetapi tidak sebaliknya.''

Roda sejarah terus berputar. Ideologi komunis yang lahir di Rusia sudah tiada lagi dan kesemua pemerintahan komunis di Eropah Timur telah runtuh.

Maka tiada lagi debat atau polemik mengenai ``dialectical materialism.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.