saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 19/09/2005

Dua polis terbunuh sukarelawan komited

PPULAU PINANG 18 Sept. - Dua anggota polis sukarela yang terbunuh dalam kemalangan yang turut mengorbankan lima yang lain awal pagi ini amat berdedikasi serta komited terhadap tugas.

Sebagai buktinya, Konstabel Sukarelawan Polis Shamsuri Mohamed, 30, yang juga seorang kakitangan Hospital Pulau Pinang telah dipilih sebagai pelatih terbaik Kursus Asas Polis Sukarela, Polis Diraja Malaysia, bulan lalu, di Air Itam.

Seorang lagi anggota sukarela yang terbunuh, Konstabel Sukarelawan Polis Lok Wan Loo, 35, pula merupakan seorang juruteknik di sebuah kilang cat di sini.

Kedua-dua anggota sukarela itu telah diberi tugas supaya mengadakan sekatan jalan raya untuk mencegah jenayah curi motosikal di bawah seliaan Balai Polis Jelutong.

Selain dari sekatan jalan raya di Lebuh raya Jelutong, pada masa yang sama terdapat empat lagi sekatan jalan raya pada pagi kejadian iaitu Jalan Tanjung Tokong, Simpang Bagan Jermal/ Jalan Kelawei, Lebuh Light/Simpang Green Hall, dan Simpang Sultan Azlan Shah/Universiti Sains Malaysia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Hamzah Md. Jamil ketika dihubungi berkata, penglibatan polis sukarela dalam operasi sememangnya diwajibkan kepada setiap anggota sukarela sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi.

``Setiap anggota sukarela apabila memakai pakaian seragam polis dibenarkan menjalankan tugas-tugas sebagaimana anggota polis biasa dan kuasa yang diberikan adalah sama dengan anggota polis,'' katanya.

Malah, katanya, mereka juga boleh melakukan tugas-tugas sebagaimana anggota polis walaupun tidak dibayar gaji tetap.

Menurutnya, setiap anggota sukarela yang diarahkan bertugas akan dibayar elaun mengikut jam bertugas dan mereka harus memenuhi jam yang diarahkan untuk mereka setiap bulan.

``Sememangnya itu adalah arah sebagaimana yang terkandung dalam syarat-syarat anggota sukarela dan tidak timbul kenapa anggota sukarela tidak boleh terlibat di dalam sesuatu operasi polis,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.