saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 21/09/2005

AP bukan keistimewaan tetapi kemudahan - Nazri

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, pemberian permit import (AP) kereta individu kepada ahli-ahli Parlimen bukan satu keistimewaan tetapi kemudahan yang diberikan kepada seseorang rakyat negara ini.

Nazri memberitahu, setiap rakyat negara ini tidak mengira ahli Parlimen atau pekerja biasa berhak untuk memohon mendapatkan satu AP kereta individu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

``Setahu saya setiap rakyat berhak untuk memohon satu AP kereta individu daripada kementerian tidak mengira status mereka, sama ada ahli Parlimen, pegawai kerajaan atau pekerja swasta,'' katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Jelasnya, perkara ini tidak perlu disensasikan kerana ia merupakan hak seorang rakyat untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Sementara itu beberapa ahli Parlimen yang menerima AP kereta individu memberitahu, AP yang diberikan digunakan untuk membeli kereta bagi kegunaan sendiri.

Datuk Abdul Rahim Bakri (BN-Kudat) berkata, beliau membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda dari AP yang diberikan kepadanya.

```Saya beli sebuah kenderaan pacuan empat roda Land Cruiser Ninja,'' katanya tetapi enggan menjelaskan kos kenderaannya.

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) berkata, beliau membeli sebuah Mercedes E240 berharga RM285,000 lima tahun lepas dengan AP yang diluluskan kepadanya.

Ahli Parlimen pembangkang, Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) memberitahu, beliau membeli Honda CRV terpakai tahun 1996.

``Saya membayar RM25,000, itu sahaja yang mampu untuk dibeli. Tak guna beli kereta baru dan kemudian berhadapan kesukaran untuk menjaga kenderaan tersebut,'' katanya ketika ditanya mengenai kereta yang dibelinya.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) pula memberitahu beliau membeli kereta Honda City menggunakan AP yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.