saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/09/2005

Tingkatkan perancangan kewangan usahawan PKS

Penubuhan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan pelantikan Bank Pembangunan sebagai bank induk dan Bank Industri sebagai entiti baru yang diserapkan sebagai Bank PKS sangat tepat dan amat diperlukan oleh pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana negara.

Industri kecil dan sederhana adalah tonggak kepada ekonomi negara. Negara-negara maju seperti Jepun, Itali dan Jerman begitu menitikberatkan pembangunan PKS.

Susulan daripada hasil sektor ini secara langsung melibatkan kadar keluaran negara dan mencorakkan bentuk kantung rakyat secara individu.

Tidak hairanlah kenapa kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mempertingkatkan lagi daya usaha sektor ini dengan penubuhan sebuah bank khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Sumber pembiayaan adalah perkara terpenting buat PKS.

Bagaimanapun sering kali kedengaran bahawa kebanyakan pengusaha-pengusaha PKS terutamanya pengusaha bumiputera sentiasa dikaitkan dengan kekurangan aliran tunai.

Perkara begini memang benar dan amat membimbangkan. Bagaimanakah masalah ini boleh dielakkan?

Ataupun adakah ia boleh diatasi. Jawapannya boleh dan sepatutnya telah lama diatasi.

Perancangan kewangan adalah jawapannya. Apakah itu perancangan kewangan? Ia didefinisikan sebagai satu proses di mana seseorang merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.

Dengan lain perkataan ia adalah satu pelan permainan game plan yang pasti mendatangkan keuntungan kepada mereka yang melaksanakannya.

Bagaimanapun apakah ilmu ini diajar atau dimiliki oleh pengusaha-pengusaha berkenaan mahupun pegawai-pegawai bank. Yang nyata ilmu ini tidak diajar di mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini mahupun dipraktikkan oleh mana-mana bank di Malaysia yang hanya lebih mementingkan memenuhi sasaran jualan dan bottomline mereka.

Kenapa penting sangatkah perancangan kewangan? Di Malaysia ini masih tiada perancang kewangan yang boleh dibanggakan.

Tetapi jika dilihat di Amerika Syarikat contohnya nama-nama seperti Warren Buffet, Kirk Kerkorian, Sam Walton dan banyak lagi nama-nama besar yang lain, mereka adalah perancang kewangan. Pemahaman mereka di dalam ilmu-ilmu perbankan, pengurusan aliran tunai, pelaburan, pengurusan kredit, hartanah, pemindahan risiko (insurans), cukai dan peninggalan estet sangat mendalam dan direalisasikan sebenar-benarnya.

Kita hanya mungkin mengenali Bill Gates sebagai pengusaha software komputer yang bermula di garaj kereta sebagai manusia terkaya di dunia tetapi nama-nama yang disebutkan sebelum ini adalah antara 10 yang terkaya di dunia juga.

Yang pasti perancang kewangan adalah jauh lebih ramai sebagai antara manusia yang terkaya di dunia jika dibandingkan dengan pengusaha komputer.

Tetapi kenapa ilmu ini tidak diajar kepada anak-anak kita apatah lagi pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana di negara ini.

Mereka amat memerlukan tunjuk ajar serta pengetahuan dalam penyediaan game plan yang terbaik sebelum memulakan langkah pertama mereka ke dunia nyata mahupun keusahawanan.

Bagaimakah perancangan kewangan boleh membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana ini?

Pertama, perancangan kewangan memastikan mereka menetapkan objektif dalam setiap usaha mereka. Dengan ini setiap pengusaha berkenaan akan jelas terhadap apa yang diperlukan untuk mencapainya dan jelas dengan keusahawanan mereka.

Kedua, mereka perlu menetapkan jangka masa, baik dalam usaha mencapai matlamat mereka bahkan juga jangka masa membayar balik pinjaman mereka.

Apakah pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana benar-benar faham akan tanggungjawab membayar balik pinjaman mereka? Ataupun adakah mereka memahami dan tahu aliran tunai mereka cukup untuk mereka mendapatkan pembiayaan? Ataupun memerlukan pinjaman yang dimohon?

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sejak dulu diajar untuk tidak meminjam. Apatah lagi cara membayarnya.

Budaya Melayu mengajar jangan meminjam kalau boleh, dan jika meminjam tak tahu bayar.

Rata-rata mereka tidak diajar cara membayar hutang. Tetapi jika mereka mengetahui cara bagaimana wang pinjaman mereka boleh mendatangkan pulangan dengan sendirinya menerusi pelaburan di dalam produk jaminan modal serta boleh menggunakannya juga menerusi kemudahan overdraf, sudah pasti ini akan digunakan kerana ia menguntungkan.

Dividen atau pulangan pelaburan itu pula secara automatik boleh membayar balik pinjaman mereka.

Ketiga, setelah kedua-dua langkah di atas dikenal pasti, barulah pelan dibuat sebelum dilaksanakan. Segala pelan perlu dilaksanakan.Tiada makna jika ada pelan tetapi tidak dilaksanakan. Setelah perlaksanaan pelan dibuat, pengusaha dan pihak bank yang memberi pinjaman harus memantaunya.

Sungguhpun begitu, persoalan yang timbul adalah bagaimana untuk memantau jika kakitangan bank sendiri tidak memahami modus operandi sesuatu usaha. Pihak bank perlu juga memastikan kakitangannya cukup terlatih dan tahu selok-belok sesuatu usaha.

Kegagalan institusi kewangan sekarang ini dalam membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana adalah kerana mereka terlalu mementingkan semakan kredit dan cagaran ke atas pinjaman. Tiada alternatif lain selain daripada itu. Sistem ini benar-benar bertindak menentang usaha setiap usahawan. Pihak bank juga harus memberi latihan secara mendalam kepada kakitangan mereka dalam ilmu perancangan kewangan.

Dengan itu dalam langkah terakhir perancangan kewangan iaitu semakan tahunan mereka bukan hanya membantu pihak bank memastikan pembayaran balik pinjaman bahkan juga boleh memberi cadangan yang benar-benar berguna serta wajar dan tidak hanya memberi khidmat berbentuk ringkas.

Bagaimanapun usaha kerajaan menubuhkan Bank PKS sudah pasti akan sia-sia jika sistem pembiayaan terlalu mudah, lebih mudah daripada mendapat kad kredit, sudah tentu akan mendatangkan hutang lapuk (NPL) yang tinggi.

Ini juga adalah sebab mengapa bank-bank perdagangan di Malaysia lebih mementingkan cagaran dan rekod pencapaian sesebuah usaha sebelum pinjaman diluluskan.

Senario sebegini jika diamati benar-benar ibarat pisau bermata dua. Bagaimanapun usaha kerajaan sepatutnya dipuji dan boleh menggerakkan jentera ekonomi yang pastinya menguntungkan seluruh rakyat.

Dengan itu, pengetahuan ilmu perancangan kewangan harus diwajibkan ke atas semua pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana di Malaysia dan syarat ini harus dipenuhi sebelum sebarang pinjaman diluluskan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.