saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/10/2005

Bambang jadi `pemusnah'


KAMI JUARA... Ketua Pasukan Selangor, Mohd. Shukor Adan (tengah) menjulang Piala Malaysia sambil disaksikan pegawai dan rakan sepasukan selepas menerimanya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (kot biru) sebaik diumumkan sebagai juara buat kali ke-30 dengan menewaskan Perlis 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Jaringan hatrik penyerang terbilang, Bambang Pamungkas membolehkan impian Selangor untuk melakar sejarah merangkul tiga gelaran dalam semusim menjadi realiti apabila mereka dinobatkan selaku juara Piala Malaysia yang baru selepas menewaskan penyandang juara, Perlis 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan tersebut membuktikan kejaguhan sebenar Selangor yang tersisih selama tiga musim sejak menjulang Piala Malaysia pada 2002, tetapi malam tadi mereka kembali menemui sentuhan bergelar juara.

Tidak dapat dinafikan Selangor memiliki segala kelebihan untuk menafikan hajat menggunung Perlis yang berbekalkan gelaran juara musim lalu.

Sebaliknya tiga gol menerusi penyerang berbisa Selangor, Bambang yang meledakkan jaringan pada minit ke-17, 51 dan 87 sudah cukup memastikan skuad Red Giants dinobatkan selaku juara mutlak Piala Malaysia buat kali ke-30.

Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu, Elie Aiboy adalah pencetus kepada kejayaan Selangor dengan dua sepakan sudutnya ditanduk tepat oleh Bambang manakala D. Surendran pula untuk gol ketiga yang terus meranapkan impian Perlis.

Kini lengkap sudah tiga gelaran yang disandang oleh Selangor bagi musim 2005 sesudah mendakap kejuaraan Piala Liga Perdana di Stadium Paroi, Stadium Shah Alam pula ditabalkan juara Piala FA dan malam tadi mereka dijulang pula merangkul piala paling berprestij bola sepak Malaysia.

Di hadapan kira-kira 90,000 penonton yang jelas didominasi oleh penyokong yang berpakaian merah kuning bertempik sorak kegembiraan sejurus pengadil perlawanan, Shokri Nor meniup wisel penamat.

Buat pemain skuad Merah Kuning, mereka berpelukan sesama sendiri selain ada yang menitiskan air mata yang turut disertai oleh jurulatih, Dollah Salleh, pengurus pasukan, Datuk Satim Diman serta pemain simpanan menyambut kejayaan Selangor bergelar juara ketika pemain Perlis longlai dengan wajah duka meratapi kekalahan tersebut.

Pada minit ke-70 permainan terhenti seketika ekoran rasa tidak puas hati pemain apabila pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti setelah pemain Perlis, Yusri Che Lah dijatuhkan di kawasan kotak penalti.

Buat Perlis yang terlalu menyandarkan harapan kepada sentuhan Philimon Chipeta dan Zacharia Simukonda jelas tidak berupaya memecah benteng pertahanan Selangor yang jelas lebih ampuh dengan kecemerlangan penjaga golnya, Jamsari Sabian yang menjadi penghalang.

Aksi yang bermula dengan asakan bertali arus kedua-dua pasukan tetapi sebaliknya tuah memihak kepada Selangor yang memecah ebuntuan jaringan gol selepas 17 minit babak berlangsung hasil tandukan cantik Bambang Pamungkas.

Gol berpunca daripada sepakan sudut yang diambil oleh Elie Aiboy dari sebelah kanan, Bambang tangkas melonjakkan diri untuk menanduk masuk menggegar jaring menewaskan penjaga gol Perlis, Amran Omar.

Gol tersebut mengamatkan seketika Stadium Nasional Bukit Jalil dengan pekik sorak sebahagian besar penyokong yang berpakaian merah kuning.

Perlis yang tersentak dengan gol awal tersebut terus menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan tetapi kelibat dua ayam tambatan, Philimon Chipeta dan Zacharia Simukonda sukar melepasi benteng pertahanan Selangor.

Skuad Singa Utara hampir-hampir menyamakan kedudukan Peluang terbaik hadir milik Simukonda tetapi dia sekadar melepaskan rembatan tepat ke arah penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian yang mudah meno lak keluar pada minit ke-21.

Permainan bertambah rancak dengan asakan bertali arus dilakukan oleh kedua-dua pasukan terutama Perlis yang cuba mencari gol penyamaan.

Pada minit ke-41 dua peluang hadir selang beberapa saat milik Perlis menerusi percubaan Manzoor Azwira Chipeta di depan pintu gol tetapi Jamsari menjadi penghalang buat menamatkan babak pertama dengan kedudukan terikat 1-0.

Pada minit ke-51 Selangor menggegarkan Stadium Nasional buat kali kedua apabila meledakkan jaringan kedua hasil tandukan Bambang menewaskan Amran.

Berpunca daripada sepakan sudut Aiboy tepat ke arah Bambang yang terus menanduk mengamamkan semua pemain pertahanan Perlis.

Kedudukan makin selesa apabila Bambang menemui sentuhan hatrik hasil hantaran Surendran.

SELANGOR

Jamsari Sabian, Ahmad Tarmini Saiban, D. Surendran, Nazrulerwan Makmor, P. Gunalan, Brian Fuentes, Elie Aiboy, K. Sanbagamaran, Muhammad Shukor Adan, Mohd. Amri Yahyah (Nazzab Hidzan), Bambang Pamungkas.

PERLIS

Amran Omar, Joao Bandoch, Muhamad Kaironnisam, Zainuddin Ariffin, Mohd. Nazaruddin Md. Zain, Manzoor Azwira (Azi Shahril Azmi), Azizi Mat Rose, Mohd. Feriza Ismail, Mohd. Khairi Zainuddin, Yusri Che Lah, Philimon Chipeta, Zacharia Simukonda.

ANUGERAH LIGA MALAYSIA 2005

Piala Malaysia: Selangor

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Bambang Pamungkas

Piala Sultan Ahmad Shah: Perak

Liga Super: Perlis (RM500,000)

Liga Perdana: Selangor (RM200,000)

Piala FA: Selangor

Permainan Bersih: PKNS

Kasut Emas Liga Super: Zachariah Simikonda

(18 gol)

Kasut Emas Liga Perdana: Marlon Alex James

(23 gol)

Piala FAM: Kelantan (RM50,000)

Piala Presiden: Kelantan (RM100,000)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.