saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 06/10/2005

Pelakon Ismail Din meninggal di Mekah

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pelakon Ismail Din, 54, yang terkenal dengan watak Datuk Meera dalam filem Mami Jarum, meninggal dunia ketika sedang bertasbih di sisi Kaabah di Mekah, selepas menunaikan solat sunat Terawih, malam tadi.

Allahyarham berada di Tanah Suci sejak 30 September lalu bersama isterinya, Kalsom Idris, 58, untuk menyambut Ramadan dan dijadualkan kembali ke tanah air 15 Oktober ini. Selain Kalsom, Allahyarham meninggalkan seorang lagi isteri, Siti Zubaidah Abidin, 40, dan lima anak, Syujauddin, 16, Thohiratun, 15, Muhammad Saifullah, 12, Makqiuddin, 8 dan Muhammad Zakiuddin, 4.

Katanya, dia dimaklumkan berita kematian suaminya itu oleh Kalsom pukul 1 tengah hari ini.

``Sewaktu menelefon saya, Kak Kalsom beritahu jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di sana,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini.

Allahyarham katanya, yang menunaikan umrah bersamanya Mei lalu memang menyimpan niat untuk menyambut Ramadan di Mekah.

Katanya, Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum berlepas ke Mekah.

Tambah Zubaidah, demi untuk menyambut Ramadan di Mekah, Allahyarham sanggup mengambil cuti daripada penggambaran Chef Papa drama 13 episod.

Dalam drama komedi terbitan Combination Supply Sdn. Bhd., Allahyarham memegang watak utama.

Pengarah Rashid Sibir, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia lakonan.

Menurutnya, Allahyarham telah memberi lakonan berkesan dalam telefilem arahannya, Pondok Buruk.

``Allahyarham dikenali sebagai seorang pelakon yang kuat agama dan berdisiplin. Beliau jarang menimbulkan masalah ketika di lokasi.

Filem terakhir lakonan Allahyarham, Tipah Tertipu dijangka menemui penonton pada 29 Januari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.