saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 08/10/2005

Rentak Negaraku kembali kepada semangat 1956

Tahun 1956 merupakan waktu di mana pelbagai persiapan dilakukan oleh pentadbiran Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman untuk menyambut hari kemerdekaan yang telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya merupakan sebuah negara baru yang memerlukan pelbagai institusi untuk menampilkan dirinya sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Selain daripada institusi-institusi pemerintahan seperti Parlimen, kementerian-kementerian dan mahkamah, Tanah Melayu juga memerlukan lambang-lambang rasmi yang menyumbang kepada pembentukan identiti negara ini.

Maka semua negara moden memerlukan lambang-lambang rasmi seperti bendera, jata negara, lagu kebangsaan dan bunga kebangsaan.

Maka Tunku berusaha supaya lambang-lambang ini dipilih dengan teliti kerana ia akan menjadi institusi kekal bagi Tanah Melayu dari zaman ke zaman. Semakin lama sesuatu lambang dipertahankan, maka ia menjadi klasik dan menggambarkan kewibawaan dan jati diri negara dan rakyat.

Tahun 1956 sememangnya sibuk bagi Tunku. Semangat yang ada pada masa itu ialah perasaan kreativiti untuk mencipta perkara-perkara baru selayaknya bagi menyambut sebuah negara baru.

Tunku juga mereka bentuk pakaian diraja Yang Di-Pertuan Agong bagi mencerminkan ketua negara Tanah Melayu. Bintang-bintang kebesaran juga direka bentuk. Begitu juga dengan gelaran iaitu Tun, Tan Sri dan Datuk. Kesemuanya mengambil nama gelaran zaman Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Tan diubah menjadi Tan Sri. Ini kerana gelaran Tan tanpa Sri akan menjadi kekok jika digunakan oleh seorang kenamaan yang bernama Tan.

Tunku melalui jawatankuasa yang dibentuk memilih Negaraku dengan rentak moderato sebagai lagu kebangsaan. Ia benar-benar sesuai mencerminkan Tanah melayu yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan masyarakat yang konservatif.

Pada zaman itu banyak negara-negara baru yang mencapai kemerdekaan melalui pemberontakan dan revolusi mengambil lagu kebangsan yang berbentuk rancak dan bersemangat perang. Tetapi tidak Negaraku, yang lebih menampilkan kegemilangan institsui diraja sebagai pemegang kedaulatan.

Tunku juga memikirkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang mencerminkan negara baru Tanah Melayu seperti Istana Negara, bangunan Parlimen, Masjid Negara, Tugu Kebangsaan dan Muzium Negara.

Kesemua bangunan-bangunan ini mempunyai reka bentuk modenis Tanah Melayu, iaitu mempunyai asas reka bentuk tradisi Melayu tetapi diolah bagi melahirkan satu identiti baru Tanah Melayu.

Sebab itu Masjid Negara tidak mempunyai kubah seperti masjid di negara-negara Asia Barat tetapi mempunyai reka bentuk payung bagi mencerminkan identiti Tanah Melayu.

Tunku mempertahankan keaslian lambang-lambang negara ini. Sebab itu walaupun apabila Malaysia dibentuk dengan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah, beliau tetap mahukan supaya lambang-lambang yang telah diputusakan ini terus dipakai termasuk bendera dan lagu kebangsaan.

Pada tahun 1963, terdapat cadangan supaya lagu kebangsaan ditukarkan kepada Malaysia Raya yang lebih bersifat rancak dan bersemangat. Tetapi Tunku menolak dan mahukan Negaraku dikekalkan.

Sememangnya wajar lambang-lambang klasik negara dipertahankan. Tetapi malangnya terdapat kecenderungan dalam negara ini untuk mengubah sesuatu perkara klasik yang sudah baik kepada bentuk baru sedangkan langkah itu tidak perlu.

Justeru, rentak Negaraku dipinda kepada tempo lebih cepat untuk mencerminkan rakyat yang lebih berdaya maju. Begitu juga dengan bangunan Parlimen yang telah diubahsuai sebegitu rupa hingga hilang ciri asalnya.

Sedangkan Britain tidak pernah meminda rentak God Save the Queen dan pemodenan Westminster tidak menjejaskan reka bentuk asal bangunan Parlimen British itu.

Sedangkan kita hampir memusnahkan Stadium Merdeka kerana tidak mempunyai perasaan penghargaan kepada tapak perisytiharan kemerdekaan.

Kita juga gemar menukar nama sedangkan ia tidak perlu. Radio Irama Malaysia (RIMA) yang sudah indah telah ditukar kelapda Klasik.FM. Kita juga tukar nama Institut Teknologi Mara (ITM) yang sudah sebati dengan pendidikan bumiputera hanya kerana statusnya berubah. Sedangkan Massachussets Institute of Technology (MIT) yang tersohor tidak berasa perlu untuk menukar nama.

Kita juga menukar nama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada Universiti Putra Malaysia. Sesuatu langkah yang juga tidak perlu. Nasib baik Universiti Malaya terus mengekalkan nama asalnya kerana mutu universiti bukan terletak pada perubahan nama.

Sewajarnya kita tidak harus memberi perhatian kepada kerja-kerja mengubah sesuatu yang tidak perlu, dan sebaliknya menumpukan perhatian pada menyelesaikan masalah sebenar atau mengisi program yang benar-benar dapat mencapai sesuatu matlamat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.