saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/10/2005

PM digesa campur tangan -- TH Plantations: Ahli Parlimen marah bantahan `tidak dihiraukan'


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Selepas cadangan penyenaraian anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH) di Bursa Malaysia ahli-ahli Parlimen hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi campur tangan bagi menangani isu tersebut.

Gesaan itu disuarakan oleh Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) semasa membahaskan Bajet 2006 di Dewan Rakyat selepas bantahan mereka berhubung cadangan itu oleh TH sebelum ini `tidak dihiraukan'.

Hasrat supaya Perdana Menteri campur tangan itu mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada pembangkang.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, mereka bimbang mengenai masa depan TH Plantations Sdn. Bhd. (THP) jika ia disenaraikan pada hujung tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak TH supaya tidak mencetuskan keadaan yang boleh menyebabkan keyakinan orang ramai kepada agensi itu luntur.

Gesaan Raja Ahmad Zainuddin itu mendapat sokongan padu apabila anggota Dewan Rakyat menepuk meja tanda setuju dengan pandangan itu.

Malah Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) turut bangun menyokong perkara itu.

``Kebanyakan ahli-ahli Pas menyimpan wang sama ada di Bank Islam atau TH,'' ujarnya.

Seorang lagi penyokong kerajaan, Ir. Hasni Mohamad (BN-Pontian) berkata, tidak ada sebab TH mengalami kesempitan wang sehingga merancang menyenaraikan THP kerana agensi itu mendapat tanah-tanah dari kerajaan negeri dengan cara istimewa dan pada kadar harga diskaun.

``Kalau ada kesempitan (wang), perlu buktikan. Sepatutnya dengan segala keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, THP perlu mencatatkan keuntungan yang lebih dua kali ganda daripada syarikat-syarikat lain yang berkecimpung dalam bidang yang sama,'' tegasnya.

Sementara itu, Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) memberitahu Dewan Rakyat, beliau menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai isu tersebut.

Katanya, beliau tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang ramai mengenai cadangan TH untuk menyenaraikan anak syarikatnya di Bursa Malaysia itu.

``Saya menerima banyak SMS daripada orang ramai yang bertanyakan perkara ini, semuanya saya tidak boleh jawab, apa rasional THP hendak diapungkan di Bursa Malaysia,'' katanya.

Semalam, ahli-ahli Parlimen menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin kerana tidak mahu mempertimbangkan langsung bantahan terhadap penyenaraian anak syarikat TH di Bursa Malaysia.

Ia ekoran kenyataan Abdullah Jumaat lalu bahawa penyenaraian THP di Bursa Malaysia penghujung tahun ini akan diteruskan kerana ia tidak menyalahi syarak, walaupun dibantah oleh banyak pihak termasuk ahli akademik, tokoh profesional dan pendeposit.

Antara ahli Parlimen yang membangkitkan perkara itu ialah Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera), Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai), Fadhilah Yusof (BN-Petrajaya) dan Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang).

Selain ahli Parlimen, bekas Pengerusi TH, Tan Sri Hanafiah Ahmad juga bimbang penyenaraian THP boleh menjejaskan peluang TH untuk memperoleh tanah bagi pembukaan ladang baru pada masa akan datang.

Menurutnya, ladang milik THP seluas 16,000 hektar pada asalnya dianugerahkan oleh beberapa kerajaan negeri dengan harga premium untuk digunakan oleh TH sepenuhnya dan jika penyenaraian itu diteruskan, sudah pasti matlamat asal pemberian tanah tersebut akan jauh menyimpang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.