saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2005

Negara kehilangan tokoh sukan - Azalina


BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad (kiri) mengucapkan takziah kepada jurulatih badminton negara, Misbun dan adik-adiknya Jalani (kanan) dan Razif (dua dari kiri) selepas pengebumian jenazah bapa mereka, Sidek Abdullah Kamar di Tanah Perkuburan Islam Banting, semalam. Turut sama bekas pemain, Datuk James Selvaraj.


PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said menyifatkan pemergian bapa keluarga badminton, Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar ke rahmatullah pada usia 69 tahun, semalam sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada sukan negara.

Beliau berkata, allahyarham merupakan bapa mithali yang mempunyai pendekatan yang terbaik dalam melihat anak-anak berjaya dalam hidup dan wajar dicontohi oleh ibu bapa lain serta sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghidupkan budaya bersukan.

``Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya. Dengan usahanya itu, ramai anaknya yang telah memberikan kejuaraan badminton kepada negara. Pendekatannya wajar disokong oleh ramai ibu bapa yang mahu melihat kejayaan anak-anak.

``Hakikatnya, inilah yang saya cari dan kita akui, kejayaan atlet banyak berpunca daripada sokongan ibu bapa seperti allahyarham,'' katanya pada Majlis Taklimat Mengenai Sukan SEA dengan persatuan sukan di sini, semalam.

Azalina berkata, kali terakhir allahyarham ditemuinya ialah kira-kira sebulan lalu yang sempat memberitahu bahawa beliau melatih anak-anaknya bermain badminton pada mulanya dengan harapan mahu mengelakkan mereka menjadi nakal.

Bapa kepada jaguh badminton negara yang menjulang Piala Thomas 1992 serta kejuaraan berprestij seperti Seluruh England, Kejohanan Asia, pingat Sukan Olimpik, Sukan Asia - Misbun, Jalani, Razif, Rahman dan Rashid itu meninggal dunia kira-kira jam 2.25 pagi kelmarin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Allahyarham mulanya menerima rawatan di hospital itu sejak 29 Julai lalu selepas kekejangan akibat penyakit kencing manis serta mengadu sukar bernafas ketika berada di rumahnya.

Jenazahnya dikebumikan di Kampung Kancong Darat, Banting, semalam.

Pada 30 Januari 2003, isteri Allahyarham, Datin Rukinah Sulaiman, 60, meninggal dunia selepas diserang angin ahmar di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Ampang.

Hasil perkahwinan pada 1954, mereka dikurniakan lapan anak - Rozita, Mohmed Misbun, Mohd. Razif, Mohd. Jalani, Abdul Rahman, Abdul Rashid, Zamaliah dan Mohd. Shahrizan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.