saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/10/2005

Fasha Sandha bukan sembarangan


Fasha Sandha.



BIAR apa juga takdir yang membawa Fasha Sandha dari layar perak ke layar kaca itu adalah tuah untuk gadis manja itu. Terus terang, bukan mudah mencipta eksistensi untuk kedua-dua bidang tersebut dan popular kecuali artis seperti Rosyam Nor dan Nasha Aziz.

Namun Nur Fasha Sandha Hassan dapat membuktikannya dan sebagai pelakon baru sepertinya perkara itu bukan sembarangan. Bukan apa-apa juga apabila wajah cantiknya yang klasik itu menghiasi muka depan Pancaindera minggu ini.

Cuma barangkali memeriahkan lagi penampilan Fasha yang kelihatan cukup laris baik di kaca televisyen mahupun filem pada masa ini.

Apatah lagi cukup mudah bekerjasama dengan artis itu bercakap tentang soal ketepatan masa hingga ke posing depan kamera.

``Dia super punctual,'' komen jurusolek yang manis Saidatul. Masakan tidak pada ketika saya menetapkan temu janji pada 10 pagi, pukul 9.45 pagi berdering panggilan dan SMS, ``Saya sudah sampai, kak.''

``Itu satu kebiasaan saya, tidak suka orang tunggu biar saya tunggu tak apa,'' katanya dan apa yang pasti dia tidak berubah sejak mengenalinya hampir tiga tahun lepas.

Tentu saja sikap itu juga yang menyenangkan semua orang yang pernah bekerjasama dengannya di lokasi. Fasha banyak menghabiskan Ramadan ini untuk penggambaran drama bersiri terbarunya, Natasha.

Beberapa bulan sebelum itu Fasha sibuk di lokasi Cicakman iaitu filem superhero pertama tempatan.

Hari ini, di samping menebarkan aura daripada lakonan terbarunya sebagai gadis kampung yang dikatakan membawa sial, Fasha berusaha merobahnya tatkala berias seperti ratu dengan busana Noor Arfa Batek.

``Ini bukan Natasha, Natasha gadis kampung yang miskin tidak dapat pakai cantik macam ini,'' gurau Fasha ketika beraksi depan lensa.

Dia akan kembali ke lokasi Natasha esok tetapi pada saat ini menghayati sepenuhnya masa itu. Bergaya depan kamera, itu juga hobinya sejak kecil sampai sekarang.

Gadis `sial' dalam Natasha

Fasha berkata, walaupun sekadar drama televisyen Natasha adalah salah satu watak menarik yang pernah dipegang.

``Dia seorang yang lurus bendul, baik hati, lemah lembut dan tabah walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan cacian dia tidak gentar.

``Saya teruja menerima lakonan itu setelah meneliti skrip. Natasha adalah gadis kampung yang dianggap membawa sial kepada keluarganya. Saya sentiasa mahukan kelainan dan Natasha jawapannya,'' tambahnya.

Natasha yang dimuatkan dalam slot Lestary di TV3 itu ke udara setiap Selasa pukul 9 malam sejak 18 Oktober. Drama yang berdurasi sejam itu akan ke udara selama 26 episod.

Pada masa ini, Fasha menumpukan perhatian terhadap Natasha dan sanggup mengetepikan tawaran lain buat sementara waktu.

``Saya percaya watak Natasha berat dan saya harus memberikan tumpuan. Memang ada banyak tawaran lain tetapi saya harus ketepikan sehingga penggambaran Natasha tamat,'' kata Fasha.

Bercerita lagi tentang karakter `gelap' Natasha yang dianggap sebagai perempuan sial itu, kata Fasha, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjiwai sepenuh hati tanpa sebarang pantang larang.

``Lakonan tetap lakonan dan saya akan sentiasa melakukan yang terbaik walaupun untuk watak gelap seperti itu,'' katanya.

Sejauh mana pula dia mempercayai layanan seperti itu masih wujud, kata Fasha, ``Saya selalu percaya setiap kita dilahirkan sama dan sial itu tidak pernah ada. Saya berharap mesej daripada drama seperti ini akan membantu memberi kesedaran kepada orang ramai.''

Sememangnya dia masih baru di kaca televisyen dan Fasha berharap kehadirannya diterima oleh seisi rumah.

``Masih banyak yang harus saya perbaiki dan begitu juga untuk Natasha,'' katanya.

Heroin filem superhero pertama

Baik dalam filem mahupun drama televisyen Fasha sentiasa kelihatan polos. Dia juga lemah lembut dan sikap itu yang membawa aura tepat dalam banyak filem lakonannya termasuk filem terbaru Cicakman.

Seperti Mary Jane di samping Spider-Man dan Lois Lane bersama Superman, Fasha adalah Tania, heroin Cicakman.

Cicakman adalah filem kelapan Fasha dan berlakon dalam filem superhero itu adalah satu peluang keemasan kepadanya.

``Saya memegang watak sebagai pembantu kepada Dr Klon yang jatuh cinta dengan lelaki itu yang disangkakan sebagai Cicakman.

``Ini adalah filem superhero pertama tempatan dan saya gembira terbabit dengan filem itu,'' katanya. Cicakman diterbitkan oleh Kru Film Sdn Bhd dan diarah oleh Yusri KRU.

Dalam filem itu Fasha bergandingan dengan Saiful Apek, Yusri KRU, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie, Aznil Nawawi, Jalaluddin Hassan dan Yasmin Hani.

Fasha juga menyifatkan lakonannya dalam Anak Mami Kembali itu juga menarik. Anak Mami Kembali akan ke pawagam pada Aidilfitri.

``Ada mesej kekeluargaan dalam filem itu dan lagipun ia adalah filem komedi pertama saya,'' katanya. Sebagai seorang yang juga berasal dari Pulau Pinang, kata Fasha bukan susah baginya untuk menjiwai watak dalam filem tersebut.

Sekali lagi `jodoh' Fasha dengan Saiful Apek kerana dalam filem tersebut mereka berlakon bersama sebagai suami isteri.

Tidak ketinggalan filem Gong dan Fasha memegang watak sebagai pelajar. Sehingga kini dia sudah berlakon dalam Berlari Ke Langit dan SHH3.

Bukan tamak, kata Fasha apabila dia mengambil keputusan untuk mewarnai layar perak dan kaca televisyen serentak tetapi mempergunakan peluang yang ada sepenuhnya.

``Alhamdulillah, sehingga kini saya tidak berhadapan dengan masalah untuk berlakon drama mahupun televisyen. Tawaran sentiasa ada.''

``Jika pelakon seperti Rosyam Nor dan Nasha Aziz mampu berlakon dalam drama dan filem, saya yakin saya dapat lakukan,'' katanya.

Fasha menerangkan bagaimana dia jadi seorang yang workaholic kerana keinginannya untuk mencipta nama dalam dunia hiburan, ``Jika saya tidak mengggunakan peluang yang ada bagaimana lagi.''

Sambut raya di Perlis

Namun Syawal yang menjelang akan merobah seketika perkara itu.

``Paling menyeronokkan tahun ini saya cuti seminggu, tahun lepas beberapa hari saja.

``Bukan senang untuk semua ahli keluarga berkumpul kecuali pada hari seperti itu saja,'' kata yang baru mencapai usia 21 tahun pada 28 Mac.

Tahun ini kata Fasha, dia akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Bintung Perlis.

``Kami akan beraya di rumah mak saudara saya dan di situ pasti meriah. Persiapan ala kadar saja apa yang penting dapat bersama keluarga,'' tambahnya.

Walaupun Fasha mengatakan bahawa dia cukup gembira dengan statusnya sebagai pelakon popular saat ini namun jiwanya masih seperti biasa. Dia juga berusaha hidup seperti biasa bersama keluarga mahupun rakan yang lain.

``Masih macam dulu, tidak ada apa yang berubah pun tetapi saya sukakannya. Cuma saya gembira kerana kini dapat mencari wang sendiri dan membantu keluarga,'' katanya.

``Saya juga tidak menyesal kerana ini hidup saya dan ia takdirnya. Ini yang saya mahukan,'' tambah Fasha.

Percintaan adalah sesuatu yang tidak suka diungkapkan oleh Fasha.

Tetapi dia tetap memberitahu, ``Hubungan kami baik-baik saja, masih seperti dulu. Tetap orang yang sama.''

Fasha pernah memberitahu bahawa buah hatinya adalah orang yang terbabit di belakang tabir sebuah syarikat produksi.

Begitu juga menjelang Syawal nanti, Fasha sempat meninggalkan pesan dan memohon maaf untuk semua terutama peminatnya.

tamat

Heroin filem superhero pertama

Baik dalam filem mahupun drama televisyen Fasha sentiasa kelihatan polos. Dia juga lemah lembut dan sikap itu yang membawa aura tepat dalam banyak filem lakonannya termasuk filem terbaru Cicakman.

Seperti Mary Jane di samping Spider-Man dan Lois Lane bersama Superman, Fasha adalah Tania, heroin Cicakman.

Cicakman adalah filem kelapan Fasha dan berlakon dalam filem superhero itu adalah satu peluang keemasan kepadanya.

``Saya memegang watak sebagai pembantu kepada Dr. Klon yang jatuh cinta dengan lelaki itu yang disangkakan sebagai Cicakman.

``Ini adalah filem superhero pertama tempatan dan saya gembira terbabit dengan filem itu,'' katanya. Cicakman diterbitkan oleh Kru Film Sdn. Bhd. dan diarah oleh Yusry KRU.

Dalam filem itu Fasha bergandingan dengan Saiful Apek, Yusry KRU, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie, Aznil Nawawi, Jalaluddin Hassan dan Yasmin Hani.

Fasha juga menyifatkan lakonannya dalam Anak Mami Kembali itu juga menarik. Anak Mami Kembali akan ke pawagam pada Aidilfitri.

``Ada mesej kekeluargaan dalam filem itu dan lagipun ia adalah filem komedi pertama saya,'' katanya. Sebagai seorang yang juga berasal dari Pulau Pinang, kata Fasha, bukan susah baginya untuk menjiwai watak dalam filem tersebut.

Sekali lagi `jodoh' Fasha dengan Saiful Apek kerana dalam filem tersebut mereka berlakon bersama sebagai suami isteri.

Tidak ketinggalan filem Gong dan Fasha memegang watak sebagai pelajar. Sehingga kini dia sudah berlakon dalam Berlari Ke Langit dan SHH3.

Bukan tamak, kata Fasha, apabila dia mengambil keputusan untuk mewarnai layar perak dan kaca televisyen serentak tetapi mempergunakan peluang yang ada sepenuhnya.

``Alhamdulillah, sehingga kini saya tidak berhadapan dengan masalah untuk berlakon drama mahupun televisyen. Tawaran sentiasa ada.

``Jika pelakon seperti Rosyam Nor dan Nasha Aziz mampu berlakon dalam drama dan filem, saya yakin saya dapat lakukan,'' katanya.

Fasha menerangkan bagaimana dia jadi seorang yang workaholic kerana keinginannya untuk mencipta nama dalam dunia hiburan, ``Jika saya tidak menggunakan peluang yang ada bagaimana lagi.''

Sambut raya di Perlis

Namun Syawal yang menjelang akan merobah seketika perkara itu.

``Paling menyeronokkan tahun ini saya cuti seminggu, tahun lepas beberapa hari saja.

``Bukan senang untuk semua ahli keluarga berkumpul kecuali pada hari seperti itu saja,'' kata Fasha yang baru mencapai usia 21 tahun pada 28 Mac.

Tahun ini kata Fasha, dia akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Bintung, Perlis.

``Kami akan beraya di rumah mak saudara saya dan di situ pasti meriah. Persiapan ala kadar saja apa yang penting dapat bersama keluarga,'' tambahnya.

Walaupun Fasha mengatakan bahawa dia cukup gembira dengan statusnya sebagai pelakon popular saat ini namun jiwanya masih seperti biasa. Dia juga berusaha hidup seperti biasa bersama keluarga mahupun rakan yang lain.

``Masih macam dulu, tidak ada apa yang berubah pun tetapi saya sukakannya. Cuma saya gembira kerana kini dapat mencari wang sendiri dan membantu keluarga,'' katanya.

``Saya juga tidak menyesal kerana ini hidup saya dan ia takdirnya. Ini yang saya mahukan,'' tambah Fasha.

Percintaan adalah sesuatu yang tidak suka diungkapkan oleh Fasha.

Tetapi dia tetap memberitahu, ``Hubungan kami baik-baik saja, masih seperti dulu. Tetap orang yang sama.''

Fasha pernah memberitahu bahawa buah hatinya adalah orang yang terbabit di belakang tabir sebuah syarikat produksi.

Begitu juga menjelang Syawal nanti, Fasha sempat meninggalkan pesan dan memohon maaf untuk semua terutama peminatnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.