saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/10/2005

Lima Konsert fenomena di RTM

MEMERIAHKAN lagi suasana Aidilfitri, RTM menerusi saluran TV2 menyiarkan Konsert Fenomena bermula pada Hari Raya kedua hingga keenam pukul 10 malam hingga 11.30 malam.

Konsert ini yang dirakamkan di Auditorium Perdana Angkasapuri itu dijangka mampu menghiburkan penonton dengan persembahan mantap dan lagu-lagu yang disukai ramai.

Konsert Fenomena yang menampilkan artis-artis tersohor negara itu dimulakan dengan pasangan Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.

Mereka bergandingan dalam menjadikan konsert ini, sebagai program hiburan yang cukup berkesan di hati peminat.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan Siti ialah Bukan Cinta Biasa, Seindah Biasa dan Dialah Di Hati. Dayang pula muncul dengan lagu-lagunya seperti Seketika, Dayang Sayang Kamu dan Seandainya Masih Ada Cinta.

Pilihan nostalgia, terdiri daripada Kaulah Segalanya, Mimpi Sedih dan Nilai Cintamu.

Lagu-lagu raya yang menjadi pilihan, antaranya Seloka Hari Raya, Bila Takbir Bergema, Dendang Perantau dan Suasana Hari Raya. Konsert ini diterbitkan oleh Noriah Kasimin.

Pada Hari Raya ketiga pula, giliran M. Nasir dan Jamal Abdillah menjayakan Konsert Fenomena ini. Antara lagu-lagu pilihan M. Nasir ialah Mentera Semerah Padi, Laila Nama Mu Teratas, Hidayah dan Satu Hari Di Hari Raya.

Jamal pula menyampaikan lagu Seroja, Menaruh Harapan, Gadis Melayu, Berdendang Dalam Tangisan dan Kekasih Awal Dan Akhir. Mereka berduet menyampaikan lagu Kepadamu Kekasih, Ghazal Untuk Rabiah, Salam Aidilfitri dan Salam Benua. Konsert ini diterbitkan Norfadzilah Hashim.

Konsert Fenomena diteruskan dengan pasangan Misha Omar dan Jaclyn Victor disiarkan pada Hari Raya keempat. Mereka juga menyampaikan lagu-lagu hits kegemaran ramai.

Misha akan menyampaikan lagu Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan, Mahadaya Cinta/Superstar, Dedebu Cinta manakala Jaclyn pula dengan lagu When I Fall In Love, Gemilang, If Ain't Got You dan Di Bawah Pohon Asmara.

Misha dan Jaclyn berduet menyampaikan lagu Cinta dan Jentayu. Kedua-duanya muncul secara duet sekali lagi dengan lagu Indahnya Beraya Di Desa, Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan Pulang Di Hari Raya. Penerbit Ellia Norni Elias.

Tiba giliran Zainal Abidin dan Ning Baizura menjayakan Konsert Fenomena seterusnya pada Hari Raya kelima.

Persembahan medley menarik daripada mereka berdua apabila Zainal menyampaikan lagu Hijau, Ning dengan Curiga diikuti Zainal dengan Ikhlas Tapi Jauh dan Ning dengan Kau Dan Aku.

Ning Baizura pula secara solo menyampaikan lagu Senang Tari, Bukan Sembarangan, Di Kau, Erti Pertemuan dan Awan Yang Terpilu. Zainal Abidin pula mendendangkan lagu Puteri, Kronologi, Sabar, Gaia dan Damai.

Mereka kemudiannya mengambil giliran menyampaikan lagu-lagu raya. Zainal dengan Dendang Perantau, Ning pula memilih Aidilfitri dan mereka berduet menyampaikan lagu Selamat Hari Raya. Penerbit Ellia Norni Elias.

Pada Hari Raya keenam, Ramli Sarip dan Ella menjayakan Konsert Fenomena ini dengan persembahan dan gaya yang tersendiri.

Dalam program terbitan Rahayu Wahid ini, Ella menyampaikan lagu Kasih, Ulek Mayang, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Ku Tahu Kau Rindu dan Kesal.

Ramli Sarip memilih Bahasa Terindah, Sejuta Wajah, Adam & Hawa, Ramadan & Syawal dan Jikalau Berkasih.

Mereka berduet menyampaikan lagu Suara Takbir, Istilah Bercinta, Kamelia dan Ku Miliki Bayanganmu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.