saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/10/2005

Skuad catur dapat pencabar Kasparov

KUALA LUMPUR - Skuad catur negara bakal mendapat sentuhan bimbingan seorang lawan bekas juara dunia, Gary Kasparov dari Rusia, dalam usaha memburu sekurang-kurangnya sebutir pingat emas Sukan SEA ke-23 di Filipina.

Jurulatih tersebut, Ian Rogers dari Australia dijangka tiba di sini bulan depan untuk bergandingan dengan Ismail Ahmad dan memantapkan persediaan 10 pencatur negara menjelang temasya dari 27 November hingga 5 Disember itu.

Ismail berkata, Rogers mempunyai rekod cemerlang sebagai salah seorang pencatur dunia yang berjaya memaksa Kasparov terikat seri selain satu-satunya calon tepat untuk membantu menggilap bakat pemain negara.

``Dengan kehadirannya, tidak lama lagi, kita yakin untuk menyasarkan sekurang-kurangnya satu emas, mungkin dalam kategori blitz,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Catur yang sekadar membawa pulang tiga gangsa dari Vietnam, dua tahun lalu, dijadualkan di Pusat Konvensyen Tagaytay City sepanjang tarikh yang sama berlangsungnya temasya dwitahunan serantau itu.

Pemenang pingatnya iaitu Marcus dan Nicholas Chan serta Lim Chuin Hoong, bakal beraksi semula bersama Mas Hafizul Helmi, Anas Nazreen Bakri, Mok Tze Meng, Lim Yee Weng, Wong Zi Jing, Roslina Marmono dan Wan Khye Theng.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu blitz atau kilat (5 minit), rapid (30 minit) dan classical (dua hingga empat jam) dengan pencabar utama Malaysia dalam Sukan SEA kali ini ialah tuan rumah, Indonesia dan Vietnam.

``Pilihan meraih banyak emas sudah semestinya pasukan Filipina kerana negara itu mempunyai ramai pencatur yang bertaraf Grandmaster (GM) sedangkan kita sekadar, International Master (IM) dan Fide Master (FM),'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.