saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/10/2005

Jutawan ditahan untuk lindungi saksi


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Mengapa jutawan `bawah tanah' Koo Tee Yam yang dipercayai memiliki aset bernilai RM1 bilion ditangkap semula?

Ia dibuat atas dua faktor: Pertama, bagi `melindungi' Tee Yam sendiri dan kedua, bagi memberi perlindungan sepenuhnya kepada saksi pendakwa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Fauzi Shaari, polis tetap mempertahankan tindakannya menahan lelaki itu di bawah Ordinan Darurat 1969 walaupun dia telah dibebaskan oleh mahkamah pada 19 Oktober lalu.

Jelasnya, penahanan itu juga bagi membolehkan saksi lebih bebas dan bekerjasama memberi keterangan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.

``Ini merupakan satu prosedur biasa, bukan pertama kali, tidak mustahil boleh dilakukan ke atas mana-mana kes di negara ini

``Tetapi ia sangat bergantung kepada tahap serius sesuatu kes, malah di akhir nanti kita akan melihat bahawa kepentingan awam akan terpelihara dan memberi keadilan kepada semua pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis menahan semula Tee Yam sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar dari penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor semalam, selepas Mahkamah Persekutuan membebaskannya selepas permohonan habeas corpus tertuduh didengar.

Tee Yam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 telah dibawa ke Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mohd. Fauzi berkata, polis tidak menafikan perbicaraan mahkamah yang dilakukan secara terbuka, didapati tidak memberi jaminan keselamatan tinggi kepada saksi yang hendak memberi keterangan.

``Ini menyebabkan kadangkala tertuduh yang bebas terpaksa ditahan semula dalam dua keadaan.

``Keadaan pertama, seseorang itu boleh dibuang daerah tetapi perlu melaporkan diri kepada polis dalam tempoh tertentu.

``Atau seseorang itu boleh ditahan dan diletakkan di bawah pengawasan polis sepenuhnya,'' katanya.

Menurutnya, terdapat banyak lagi faktor bagi membolehkan polis mengambil tindakan sedemikian.

``Tetapi perlu ditegaskan, tindakan seumpama ini tidak menggambarkan berlakunya kelemahan peraturan.

``Jika tidak pun, polis turut menjanjikan `perlindungan' kepada Tee Yam sendiri kerana pembebasan beliau tidak bererti ada pihak menyenanginya dan dikhuatiri pelbagai buruk lain akan terjadi terhadap Tee Yam sendiri,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.