saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/11/2005

Radhi Khalid terbit filem Raja & Raju tahun depan

BILA sebut nama Radhi Khalid tentu ramai yang tertanya-tanya mana satu yang dimaksudkannya. Tetapi bila sebut nama Abdulla mat bangla yang bekerja sebagai pencuci kereta dalam siri Spanar Jaya yang pernah disiarkan di ntv7, suatu waktu dulu tentu ramai yang kenal.

Walaupun memulakan kerjaya seninya sejak tahun 1986 namun wataknya sebagai mat bangla dalam drama bersiri itu benar-benar mempopularkannya sehingga ke mana sahaja dia pergi para peminat lebih suka memanggilnya Abdulla.

"Saya mula berlakon pada tahun 1986 dalam sitkom Sofia disamping drama dan filem. Tetapi saya tidak sangka watak Abdulla yang saya bawa dalam Spanar Jaya pada tahun 1998 membuatkan peminat drama mengenali saya,'' cerita Radhi Khalid, ketika ditemui dikediamannya baru-baru ini.

Menurut Radhi, walaupun Abdulla hampir menenggelamkan namanya namun beliau sedar nama itulah yang membawa tuah pada dirinya.

Sebabnya sejak itu dia banyak menerima tawaran berlakon setelah meninggalkan bidang itu buat seketika kerana menjalankan tugas sebagai pengurus produksi (Production Manager - PM) pada tahun 1991-1994 di Nizarman (M) Sdn. Bhd.

"Bila dah banyak berlakon drama saya teringin mencuba kerja lain. Semasa jadi pelakon saya rasa tugas menarik dan mencabar.

"Tetapi setelah empat tahun membuat kerja yang sama, akhirnya saya mula merasa bosan kerana teringin berlakon semula. Jadi saya ambil keputusan berlakon kerana saya sedar itulah minat dan jiwa saya,'' kata Radhi.

Kata Radhi, setelah menceburi semula bidang lakonan memang tidak banyak tawaran yang diterima kerana ramai yang masih menganggap dia masih PM.

"Tahun pertama berlakon semula adalah beberapa tawaran kemudian saya ditawarkan berlakon drama IQ Genius. Spanar Jaya yang diterbitkan pada tahun 1998 merupakan tapak saya menyambung semula kerjaya saya sebagai pelakon.

"Sejak itu banyak juga tawaran yang saya terima tetapi Abdulla memang membawa tuah kepada saya,'' kata Radhi.

Sejak itu Radhi tidak pernah menoleh ke belakang lagi, tawaran demi tawaran diterima dan siapa sangka lakonannya sebagai Sadeq dalam Qaisy & Laila bukan saja menguji kemampuannya sebagai pelakon malah telah melayakkan dirinya menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM18 pada Julai lalu..

Disamping drama dan filem, Radhi juga pernah berlakon teater antaranya Jalan Impian dan Anak Kerbau Mati Emak.

Berbekalkan pengalamannya sebagai pelakon dan PM, Radhi kini sedang dalam usaha untuk menerbitkan dan mengarah filem pertamanya Raja & Raju.

"Buat masa ini skrip dalam proses pembikinan dan jika semuanya berjalan lancar filem itu akan memulakan penggambaran tahun depan,'' kata Radhi.

Filem yang mengisahkan mengenai konflik kehidupan masyarakat India dan Melayu itu dijangka menelan bajet sebanyak RM1juta.

Selepas filem berkenaan, beliau dijangka akan menerbit filem Bollywood disamping drama bersiri di TV tentang suami yang didera.

Selain berlakon drama, filem dan teater, Radhi juga kini ditawarkan berlakon iklan antaranya Harpic dan Baba's.

"Berlakon drama dengan iklan ni lain. Walaupun pendapatannya lumayan berbanding drama namun setiap satu mempunyai kepuasan tersendiri.

"Semasa shooting Harpic, saya tak boleh bayangkan betapa seronoknya. Iyalah komersial pertama saya, shooting pun tak lama dua tiga hari selesai namun sampai sekarang iklan itu masih ditayangkan di TV,'' cerita Radhi.

Ada 22 orang adik beradik

Radhi yang berasal dari Pulau Pinang ini memang ramai adik beradik. Bukan 10 tetapi 22 beradik dan dia merupakan anak yang ke 12 daripada empat ibu.

"Arwah ayah saya ada empat orang isteri. Kalau ikut satu emak satu bapak saya ada empat beradik dan anak ketiga.

"Hubungan kami adik beradik memang akrab. Kami tidak ada perasaan irihati antara satu dengan lain kerana kami sudah dididik begitu oleh ayah dan ibu kami.

"Bagaimanapun kebanyakan adik beradik saya tinggal di Pulau Pinang dan ada juga yang tinggal di KL," cerita Radhi.

Bila tanya tentang kahwin, Radhi yang suatu ketika dulu pernah digosipkan bercinta dengan artis berkata;

"Buat masa sekarang saya malas nak fikirkan tentang kahwin sebab target umur saya nak kahwin sebelum 30 tahun dah terlepas. Insya-Allah jika dah sampai jodoh saya akan berkahwin juga. Semuanya kuasa Allah,'' kata Radhi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.