saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/11/2005

Keluarkan graduan berkelas dunia

Pendapat

Penurunan kedudukan Universiti Malaya daripada tangga 89 ke 169 dalam senarai 200 universiti terbaik dunia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan walaupun kita amat terkilan dan tertanya-tanya di mana silapnya dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkannya.

Memang mudah untuk mempersalahkan pihak-pihak tertentu dan melupakan permasalahan sebenar yang menimpa Universiti Malaya dan pusat-pusat pengajian tinggi tempatan yang lain di Malaysia.

Seharusnya kita melihat kembali tujuan sebenar akan penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi ini. Ia sepatutnya tempat di mana terdapatnya cendekiawan-cendekiawan dan pencetus idea-idea baru serta jentera penggerak perubahan minda sesebuah bangsa dilahirkan serta diasah bakatnya.

Otak-otak bergeliga yang bukan hanya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang grednya bahkan juga pemangkin perubahan sosioekonomi sebuah negara. Mungkin ramai yang meletakkan sebab Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menggongkong telah menyebabkan permasalahan ini. Tetapi jika ditinjau dengan lebih dekat lagi, faktor ini sebenarnya baik untuk para pelajar agar tidak lebih cenderung untuk berpolitik.

Rata-rata menyedari kuasa politik yang menentukan arah tuju dan kebajikan seseorang itu. Dengan tidak secara langsung ia mengarah kecenderungan para pelajar khususnya untuk terlibat dalam politik. Di samping itu juga budaya yang menyanjung keutuhan politik telah menjadikannya satu perkara yang penting dalam kehidupan seseorang yang bergelar mahasiswa.

Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan memerlukan anjakan paradigma. Selain daripada itu, ia perlu balik ke landasan asasnya sebagai pusat pengajian dan pemikiran tertinggi. Pengiktirafan dan penghargaan harus diberi kepada pelajar-pelajar yang bukan hanya mencapai gred yang cemerlang bahkan juga kepada pencetus-pencetus idea serta penciptaan agung yang boleh mengubah kebajikan dan memberi kebaikan kepada masyarakat.

Cara ini boleh menarik perhatian anak-anak muda khususnya agar bukan hanya mengagungkan lepasan Akademi Fantasia bahkan juga institusi-institusi pengajian akademik yang lain.

Bagaimanapun, usaha untuk menjadi antara yang terbaik di dunia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Universiti Harvard contohnya dikenali kerana banyak mengeluarkan tokoh-tokoh politik dan bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat. Manakala Massachusetts Institute of Technology (MIT) pula dikenali sebagai pusat teknologi di mana di situlah juga bom atom pertama diciptakan di dunia. Manakala Universiti Cambridge pula terkenal dengan ilmu sains dan matematiknya. Dengan perkataan lain mereka mempunyai sejarah dan niche yang tersendiri.

Satu lagi permasalahan yang timbul di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia, bukan hanya di Universiti Malaya, pendekatan ilmiah dan graduan hasil keluaran mereka pada hakikatnya adalah berbentuk backroom. Mereka mahir sebagai pembantu sesuatu usaha atau pekerja sesebuah syarikat. Kemahiran frontline seperti komunikasi, jualan, kreativiti, inovasi, dan usahawanan tidak diajar di mana-mana kelas di institusi-instiusi pengajian tinggi tempatan. Hasil yang diperoleh atau dikeluarkan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi tempatan adalah pekerja kelas biasa yang perlu digilap dan diberi pengalaman yang mana banyak syarikat tidak mahu membiayainya.

Satu bidang asas yang tidak diajar di mana-mana pusat pengajian tinggi tempatan adalah seperti subjek perancangan kewangan.

Kenapa penting sangatkah ilmu ini? Di Malaysia, kita masih tiada perancang kewangan yang boleh dimegahkan. Tetapi jika dilihat di Amerika Syarikat contohnya nama-nama seperti Warren Buffet dan Sam Walton, mereka adalah perancang kewangan. Pemahaman mereka dalam ilmu-ilmu perbankan, pengurusan aliran tunai, pelaburan, pengurusan kredit, hartanah, pemindahan risiko (insurans), cukai sangat mendalam dan direalisasikan sebenar-benarnya.

Kita hanya mungkin mengenali Bill Gates sebagai pengusaha perisian komputer yang bermula di garaj kereta sebagai manusia terkaya di dunia tetapi nama-nama seperti Buffet dan Walton juga adalah antara 10 yang terkaya di dunia. Yang pasti perancang kewangan jauh lebih ramai sebagai manusia yang terkaya di dunia jika dibandingkan dengan pengusaha komputer.

Tetapi kenapa ilmu ini tidak diajar kepada anak-anak kita apatah lagi di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini. Mereka amat memerlukan tunjuk ajar serta pengetahuan dalam penyediaan pelan yang terbaik sebelum memulakan langkah pertama mereka ke dunia nyata mahupun keusahawanan.

Institusi-institusi pengajian tinggi memerlukan pengajian bukan hanya berbentuk akademik malahan juga realiti yang boleh membantu mahasiswa-mahasiswa berdiri di atas kaki sendiri apabila mereka keluar dari universiti kelak. Graduan-graduan yang keluar dengan memiliki ijazah, pengetahuan dan keyakinan diri bukan hanya diperlukan oleh majikan-majikan bahkan juga pasti berguna kepada masyarakat serta negara pada amnya.

- Aziz Ibrahim,

Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.