saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/11/2005

Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir: Penamaan calon 27 Nov. mengundi 6 Dis.

PUTRAJAYA 7 Nov. - Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pengkalan Pasir, Kelantan ialah 27 November dan pembuangan undi 6 Disember.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Rashid Abd. Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, writ pilihan raya akan dikeluarkan esok dan notis pilihan raya 9 November ini.

Menurutnya, daftar pemilih induk tahun lepas yang telah dikemas kini sehingga 15 Ogos lepas akan diguna untuk pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, 18,411 pemilih termasuk 195 pemilih pos layak mengundi dalam pilihan raya kecil tersebut.

``Mereka yang mendaftar sehingga 30 Jun layak mengundi. Mereka yang daftar lepas 30 Jun, tidak boleh mengundi... tidak sempat,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir di Ibu Pejabat SPR, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN N.12 Pengkalan Pasir diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan dari Pas, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar akibat kanser hati, pada 31 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat dengan majoriti 55 undi.

Pengkalan Pasir, adalah antara 24 DUN yang dimenangi oleh Pas pada pilihan raya umum lalu. BN pula memenangi 21 kerusi.

Abd. Rashid berkata, tempoh berkempen ialah sembilan hari mulai dari tarikh penamaan calon.

``Semua parti politik tidak dibenar berkempen sebelum tarikh penamaan calon. Tarikh penamaan calon sengaja dilambatkan bagi memberi peluang calon serta parti yang akan bertanding membuat persiapan dalam pelbagai aspek.

``Kita panjangkan sikit tempoh dari sekarang sehingga tarikh penamaan calon iaitu ada 20 hari bagi memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat persediaan dan persiapan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.