saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/11/2005

Insurans bukan perancangan kewangan


Pengumuman Bank Negara Malaysia mengawal dan menguatkuasakan pelesenan Penasihat Kewangan di bawah Akta Insurans 2005 akan mengelirukan pengguna-pengguna dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Perancang Kewangan/Penasihat pelaburan sekarang ini telah pun dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan berada di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Seksyen 14).

Perkara ini telah pun dikuatkuasakan sejak 31 Ogos 2004. Apakah dengan pengisytiharan oleh pihak Bank Negara untuk mewartakan perancang kewangan di bawah bidang kuasanya akan memajukan industri yang baru setahun jagung ini diperkenalkan di Malaysia?

Apakah tugas yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti tidak memuaskan? Ataupun apakah terdapat tarik tali penguasaan yang berlaku di sini?

Perancangan kewangan adalah suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan. Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini.

Mengiktiraf insurans sebagai perancangan kewangan adalah sesuatu yang kurang tepat. Insurans adalah satu daripada alat untuk merancang kewangan tetapi bukannya perancangan kewangan.

Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi perniagaan (aliran tunai), perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).

Apakah insurans sebenarnya? Insurans adalah satu cara pemindahan risiko agar tidak ditanggung kerugian sepenuhnya oleh pemegang polisinya. Ini adalah asas insurans.

Insurans dikategorikan kepada empat jenis iaitu insurans hayat, kesihatan dan ketidakupayaan, am dan perdagangan. Dan yang terbaru ia dikaitkan dengan pelaburan.

Bagaimanapun insurans tidak pernah dijadikan sepenuhnya sebagai satu-satunya cara merancang kewangan kecuali oleh penjual-penjual (ejen) insurans yang sememangnya inginkan satu perkara iaitu komisen yang tinggi.

Orang awam patut dimaklumkan sepenuhnya mengenai jumlah komisen yang dibayar kepada ejen-ejen insurans. Faktor ketelusan harus dijadikan sebagai satu syarat kemestian pada setiap ejen insurans dan perancang kewangan.

Premium (ansuran) bulanan yang dibayar kepada syarikat insurans oleh pemegang polisinya pada hakikat adalah 55 peratus (daripada jumlah itu untuk dua tahun pertama) digunakan untuk pembayaran komisen. Dengan perkataan lain, kos sebenar sesuatu polisi insurans hayat dikongsi dengan wakil jualan yang ditugaskan menjual produk insurans tersebut.

Perancang kewangan adalah bukan penjual produk. Sebagai seorang perancang kewangan objektifnya adalah membuat pelan permulaan untuk pelanggan tersebut. Kepentingan pelanggan adalah keutamaan mereka.

Kamus setiap perancang kewangan menyatakan pembelian insurans hanyalah untuk memindah risiko kematian dan kemalangan. Ia bukan untuk pelaburan.

Kenapa harus membeli insurans hayat jika pulangannya dianggarkan sekitar tiga hingga empat peratus? Sesuatu pelaburan sepatutnya memberi pulangan lebih daripada itu. Sehubungan dengan itu, adalah penting perkara ini diperjelaskan kepada umum sama ada mereka mahukan pemindahan risiko ataupun untuk pulangan pelaburan/keuntungan.

Sungguhpun begitu, pemindahan risiko menerusi insurans ini amat penting juga. Perkara ini harus diterangkan dengan jelas. Contohnya, kos rawatan di hospital bukanlah sesuatu yang murah. Dengan itu pembelian insurans adalah sesuatu yang perlu.

Industri perancangan kewangan memerlukan promosi serta infrastruktur yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Penambahan pengawal atau penggubal undang-undang ini akan menyulitkan industri ini untuk berkembang.

Di Amerika Syarikat sebagai contohnya di mana asalnya ilmu perancangan kewangan ini, tiada sebarang peraturan kecuali pemantauan persatuan badan-badan profesional tersebut. Mereka mengutamakan prinsip keterbukaan (transparensi).

Segala caj, produk dan pelan pelaksanaan diterangkan sepenuhnya kepada setiap pelanggan. Orang ramai akan yakin dan tahu tiada sebarang penyorokan mahupun penyelewengan dapat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Terlalu banyak undang-undang merumitkan percambahan idea dan kreativiti yang diperlukan dalam industri ini. Memang benar, undang-undang diperlukan untuk mengawal segolongan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada memanipulasikan keadaan tetapi industri ini memerlukan lebih ramai lagi rakyat Malaysia memahami dan menceburkan diri di dalamnya.

Dengan bilangan yang ramai dan pengetahuan yang diperluaskan di segenap lapisan masyarakat, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sudah pasti tidak akan dapat menangguk di air yang keruh.

Dalam usaha kerajaan memberi pengetahuan dan memajukan mentaliti rakyat untuk mencapai Wawasan 2020, badan-badan kerajaan seperti Bank Negara dan lain-lain sepatutnya memfokuskan usaha mereka mendidik orang ramai khususnya kaum Melayu yang agak tertinggal dalam lapangan ini.

Sekiranya usaha yang bersepadu dan bersungguh-sungguh dijalankan adalah tidak sukar dan berkemungkinan sekurang-kurangnya ilmu perancangan kewangan ini disebarkan ke segenap lapisan masyarakat.

Perkara ini adalah lebih penting daripada mengadakan dua badan penguat kuasa yang boleh mengelirukan rakyat dan para pelabur khususnya dalam industri kewangan di Malaysia.

- AZIZ IBRAHIM ialah perancang kewangan bertauliah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.