saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/11/2005

Nahas maut: 70 peratus punca cuai pemandu

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Lebih 70 peratus keseluruhan kes kemalangan maut dicatatkan dalam Ops Sikap IX, berpunca daripada kecuaian dan kegagalan pemandu mengawal kenderaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan berkata, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah kematian secara mendadak sehingga 16.5 peratus pada musim perayaan kali ini.

``Keseluruhan faktor yang menyumbang kepada kemalangan ialah sikap manusia. Tidak sabar dan ingin cepat membuatkan pemandu hilang pertimbangan.

``Mereka bertindak melanggar undang-undang jalan raya dan seterusnya mengakibatkan kemalangan maut,'' katanya pada sidang akhbar Ops Sikap IX di sini hari ini.

Hadir bersama Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman Pancras dan Timbalannya, Asisten Komisioner O.K. Jalil Othman.

Menurut Musa, antara tabiat buruk dikesan di kalangan pengguna jalan raya ialah gagal mengawal kenderaan sendiri sehingga menyebabkan terbabas.

``Tabiat `makan jalan' kenderaan lain mencatatkan 18.7 peratus, cuba memotong kenderaan lain (15.5 peratus), tidak menyedari kehadiran kenderaan lain (7.3 peratus), kecuaian semasa keluar dan masuk simpang (7 peratus) dan kecuaian ketika melintas jalan (5.2 peratus),'' katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, tabiat buruk lain yang dikesan ialah melawan aliran trafik (1.9 peratus), letih atau mengantuk (1.4 peratus), langgar isyarat lampu merah (1 peratus), berlumba (1 peratus) dan lain-lain (7.5 peratus).

Katanya, pertambahan kenderaan di jalan raya berikutan sambutan dua perayaan serentak juga merupakan faktor menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan kali ini.

``Terdapat lebih sejuta kenderaan di jalan raya kali ini. Apabila banyak kenderaan, banyaklah kemalangan berlaku,'' katanya.

Dalam pada itu, Ops Sikap IX yang bermula 15 hari lalu dan berakhir tengah malam tadi mencatatkan 10 lagi kematian.

Keadaan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan kali ini sebanyak 233 orang.

Jumlah kematian tersebut sekali gus mencatatkan peningkatan 16.5 peratus atau 33 orang maut berbanding tempoh sama dalam Ops Sikap VII dari 8 hingga 21 November tahun lalu.

Peningkatan turut dicatatkan dalam jumlah keseluruhan kemalangan iaitu daripada 11,609 kes kepada 13,462 kes tahun ini.

Kematian paling tinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal iaitu seramai 141 orang diikuti kereta (55), pejalan kaki (17), basikal (lapan), teksi (tiga), lori (tiga), masing-masing dua orang pemandu van dan jip, seorang penumpang bas dan satu penumpang lain-lain kenderaan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.