saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/11/2005

Jangan biar hubungan istimewa terjejas - Najib


MAKASSAR 12 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan Malaysia-Indonesia mesti terus dijaga kerana ia terbentuk bukan sahaja berdasarkan kepentingan ekonomi tetapi dari hati nurani.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang pertikaian dan masalah yang timbul antara kedua-dua negara harus segera dicari titik temu untuk menyelesaikannya secara baik.

``Jangan benarkan apa juga isu menjejaskan hubungan istimewa ini. Hubungan Malaysia-Indonesia penting dari segi geopolitik serantau yang sepatutnya menjadi tulang belakang gagasan ASEAN,'' katanya.

Beliau yang dalam rangka lawatan dua hari ke Makassar, Sulawesi Selatan atas undangan Naib Presiden, Jusuf Kalla menyatakan demikian pada ucaptama Pertemuan Saudagar Bugis Makassar Ketujuh yang dihadiri oleh 650 usahawan Bugis, di sini hari ini.

Turut hadir dalam delegasi Malaysia ialah Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Indonesia, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid; Pengerusi Golden Hope, Tan Sri Musa Hitam dan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Zain.

Sempena pertemuan itu, ditandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara World Wave (M) Sdn. Bhd. dan PT Malaysia Mobilindo International yang akan bekerjasama memasang dan mengedarkan kereta buatan China di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian dianugerah gelaran bangsawan Gowa.

Pada akhir lawatan hari ini, Najib turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Jusuf dan melawat makam pahlawan Sultan Hasanudin.

Dalam ucapannya, Najib yang mengimbas isu pertindihan tuntutan Laut Sulawesi, kawasan bersempadanan wilayah ini menegaskan perbincangannya dengan Jusuf telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikannya melalui perundingan.

Katanya, pada masa itu Jusuf menyarankan agar masalah tersebut diselesai mengikut budaya Bugis iaitu melalui perundingan atau menerusi perkahwinan sebelum cara terakhir dengan berperang.

Sementara itu pada sidang akhbar bersama, Najib menjelaskan gelaran istimewa yang diterimanya merupakan manifestasi terhadap hubungan akrab antara kerajaan, kepimpinan politik mahupun secara peribadi.

`Hubungan akrab ini tidak mungkin menjadi kenyataan kalau kita bukan sahaja berasa serasi tetapi merasakannya dalam satu semangat kekeluargaan yang intim.

``Apa yang saya harapkan gelaran ini tidaklah sebagai satu pengiktirafan kepada diri saya semata-mata tetapi satu isyarat untuk kedua-dua negara terus bekerjasama dan saling mengeratkan hubungan dalam pelbagai bidang,'' jelasnya.

Najib berkata, beliau tidak mahu lawatannya ke Makassar dianggap pertemuan antara Bugis Malaysia dan Indonesia kerana beliau serta Jusuf ialah pemimpin nasional yang bertanggungjawab menjaga semua keturunan.

``Namun ada beberapa aspek dari segi sejarah, budaya dan falsafah Bugis yang boleh dipelajari dan dihayati untuk menaikkan semangat mereka dalam menerokai cabaran baru dalam konteks nasional dan bukan kesukuan,'' tambahnya. - Utusan

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.