saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/11/2005

Malaysia berpeluang tanpa Grandmaster

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memperbaiki catatan pingat dalam acara catur Sukan SEA ke-23 di Filipina, 27 November ini dengan ketiadaan tiga pencatur Asia Tenggara yang bertaraf Grandmaster (GM).

Penolong jurulatih, Ismail Ahmad berkata, mereka ialah pencatur tuan rumah, Mark Paraguay; Utut Adiyanto dari Indonesia dan Dao Tianhai dari Vietnam yang terpaksa menumpukan perhatian kepada Kejohanan Dunia, bulan ini.

Katanya, skuad negara yang meraih tiga gangsa di Vietnam pada 2003, kali ini juga lebih bersedia dan mantap malah berpeluang menggunakan khidmat GM Ian Rogers dari Australia sebagai ketua jurulatih baru.

``Dia jurulatih yang berkaliber dan lebih baik daripada Victor Komliakov dari Rusia yang bersama skuad negara ke Vietnam lalu selain merupakan antara 400 pencatur GM di seluruh dunia.

``Rogers pernah bermain dengan kita sebagai pencatur jemputan ketika berkunjung ke sini seperti Kejohanan Merdeka dan Terbuka Malaysia,'' katanya di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Rogers yang tiba di sini sebagai ketua jurulatih negara sejak 7 November lalu, turut pernah seri lima kali dengan bekas juara dunia, Anatoly Karpov dan menentang seorang lagi GM, Gary Kasparov antara 70-an hingga pertengahan 90-an.

Beliau bergelar GM sejak 1985 selain merupakan kolumnis catur di akhbar Canberra Times dan Sydney Sun Herald ini, turut pernah melatih skuad remaja Australia pada 2003 hingga tahun ini.

Skuad negara mempertaruhkan cabaran di Pusat Konvensyen Tagaytay City, Filipina menerusi Mas Hafizul Helmi, Nicholas Chan, Marcus Chan, Anas Nazreen Bakri, Lim Chuin Hoong, Mok Tze Meng, Lim Yee Weng, Wong Zi Jing, Roslina Marmono dan Wan Khye Theng.

Kata Rogers, Nicholas dan Mas Hafizul mempunyai ciri-ciri awal sebagai pencatur handalan dunia yang boleh dimajukan sehingga bertaraf GM sekiranya mendapat banyak pendedahan dan bermain sepenuh masa di Eropah.

``Anas Nazreen dan Khye Theng pula biarpun agak mentah, masih mampu mencipta kejutan kerana catur merupakan sukan yang sukar diramal, apa sahaja boleh berlaku dan kadangkala memerlukan tuah,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.