saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 17/11/2005

Kaligrafi Islam - Kesenian menarik dari Iran


KESENIAN kaligrafi mempunyai peranan penting dan merupakan elemen yang semakin berkembang maju dalam kesenian Islam. Malah ia dianggap seni yang mulia kerana berkaitan dengan kitab suci Al-Quran.

Keindahan gaya penulisan ini diterapkan dalam semua jenis cabang seni termasuklah penulisan manuskrip sekular, persuratan di istana dan pertukangan besi, tembikar, batu, kaca, kayu serta tekstil.

Kesenian itu digunakan di negara-negara Islam yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa ibunda seperti Parsi, Turki dan Urdu.

Keindahan seni ini sentiasa diraikan sebagai perantara antara penduduk Iran yang menyumbang kepada pembangunan seni kaligrafi Islam.

Pengaruh terawal skrip Pahlavi (skrip Avesta) yang boleh dikesan adalah dalam penyusunan struktur Kufic, iaitu skrip Islamik yang mulamula dikenali.

Selepas itu, muncul pula enam gaya penulisan bersambung dalam kesenian yang dinamakan Naskh, Thulth, Muhaqqaq, Rayhan, Tawqi dan Riqa yang dicipta oleh Menteri Iran, Ibn Muqlah untuk mengambil hati Abbasid Caliphs.

Bagaimanapun sumbangan terbesar rakyat Iran dalam seni ini adalah gaya penulisan Nasta'liq - skrip yang juga dikenali sebagai Aroos al Khutoot berdasarkan struktur penulisannya yang halus dan mekanisme yang tersusun dan Shikasteh, gaya pergerakan yang bebas yang mencerminkan sikap tidak mementingkan diri ahli sufi dalam keagamaan.

Lukisan kaligrafi adalah mekanisme artistik terbaru dalam kaligrafi Islam. Ia mula diperkenalkan di Iran dalam pertengahan abad ke-20 dan menjadi semakin popular.

Gaya baru yang dibawa bersama dengan menggunakan pen dan berus, dakwat dan pen, kertas dan kanvas, membuka lembaran baru dalam dunia kesenian Islam.

Menurut Prof. Amir H. Zekrgoo, pameran ini merupakan hasil kesenian Islam yang mempunyai keindahan dan stail yang tersendiri.

"Ia merupakan kesenian yang terkenal dan moden kerana penampilan seni menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza.

"Saya mempelajari seni kaligrafi dengan bapa saya yang dulu mendedahkan gubahan melalui kaligrafi dan puisi kepada lukisan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran pameran Dance of The Divine Word di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Pameran sejak 2 Oktober lalu hingga 20 November ini sedang berlangsung di NN Galery, Taman Ampang Hilir, Ampang, Selangor.

Pameran tersebut menampilkan seni tradisional asli sehingga kepada gaya moden yang terbaru.

Ia disertai tiga artis seni yang terlibat iaitu Ali Shirazi, Sedaghat Jabbari dan Amir H.Zekrgoo.

Amir dikenali melalui penulisannya dan hasil seninya yang pelbagai seperti kaligrafi, lukisan dan fotografi.

"Semua itu memperkenalkannya kepada lukisan. Pendekatan kreatif terbaru dalam kerjanya jelas dan didapati banyak mengunakan cara tradisional,'' tambahnya.

Amir mengetengahkan beberapa karya seperti The Witness yang menggunakan mixed media pada kertas.

Amir mempelajari kesenian kaligrafi sejak 40 tahun lalu dan telah mengadakan beberapa pameran di beberapa negara termasuk Malaysia.

Sedaghat Jabbari pula menampilkan karya seperti Allahuakbar. Karya itu menggunakan cat minyak pada kanvas.

Beliau menjadikan seni khat sebagai motif dalam membuatkan kerja seninya secara moden dengan menggunakan berus dan cat pada kanvas.

Ali Shirazi pula mengetengahkan penulisan kaligrafi berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Ayat al-Quran itu dicetak pada alumuniam.

Beliau merupakan pakar dalam gaya penulisan Nastaliq dengan menggunakan pen rid dan dakwat.

Orang ramai yang berminat menyaksikan pameran itu boleh menghubungi NN Gallery di 03-42706588 atau layari laman web www.nngalery.com.my.

Galeri pameran dibuka dari Isnin hingga Khamis mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.