saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/11/2005

Nik Aziz diminta turun padang

KOTA BHARU 20 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta turun padang bagi membantu masalah rakyat di kawasannya terutama di Pantai Sabak yang kini ditimpa bencana ribut dan ombak besar.

Bendahari Pergerakan Wanita UMNO, Senator Datuk Azizah Samad berkata, kerajaan negeri patut menyalurkan lebih banyak peruntukan bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung itu, daripada `melaburkan' wang bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir.

``Wang itu patut dilaburkan di sini bagi membantu penduduk yang terhimpit dan kesusahan kerana rumah dan harta-benda mereka rosak dipukul ombak dan angin kencang.

``Ia juga untuk menjaga imej Tok Guru selaku Menteri Besar. Jika kawasan sendiri pun beliau tidak boleh jaga, bagaimana hendak mengurus dan pentadbir negeri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat rumah penduduk di kawasan Kampung Pantai Dasar, Sabak dekat Pengkalan Chepa yang musnah akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian itu, sebanyak 30 penduduk terpaksa berpindah bagi menyelamatkan diri ke kawasan lebih selamat termasuk menyewa rumah di sekitar Pengkalan Chepa.

Selain melawat Kampung Pantai Dasar Sabak, Azizah turut meluangkan masa meninjau penduduk di Kampung Baruh Masin juga di Pantai Sabak yang turut menghadapi masalah rumah mereka kemungkinan musnah disebabkan ribut dan ombak besar.

Azizah berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa penduduk berkenaan kerana ia membuktikan kegagalan wakil rakyat kawasan tersebut iaitu Nik Abdul Aziz sendiri membantu rakyat mengatasi masalah mereka, '' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:21
Asar 4:38
Maghrib 7:27
Isyak 8:38



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.