saya nak baca ..

BERITA


ARKIB : 21/11/2005

Tugas berat menanti pemain catur

BACOLOD - Dua pemain catur negara, Mas Hafizul Helmi dan Nicholas Chan menghadapi tugas berat untuk memburu sekurang-kurangnya sebutir gangsa apabila diundi menentang dua lawan bertaraf Grandmaster (GM) dalam pusingan pertama lagi Sukan SEA ke-23 di Filipina, 27 November ini.

Mas Hafizul menjadi lawan kepada pemain catur tuan rumah, Joey Antonio manakala Nicholas perlu menghadapi GM Susanto Megaranto dari Indonesia.

Undian ini dianggap mempunyai peluang yang besar untuk membawa Antonio ke perlawanan akhir bagi menentang rakan senegaranya, Eugene Torre dalam kategori rapid.

Sebelum ini, ketua jurulatih Malaysia, Ian Rogers dari Australia menganggap Mas Hafizul dan Nicholas sebagai antara pemain catur negara yang menjanjikan sebutir pingat kerana taraf permainan mereka yang semakin matang dan mengagumkannya.

Antonio diletakkan sebagai pilihan ketujuh acara catur yang berlangsung di Pusat Konvensyen Tagaytay City manakala Torre, juga GM berada keempat di belakang GM Utut Adianto dari Indonesia, Wynn Zaw Htun (Myanmar) dan GM Nguyen Noc Truong Son (Vietnam).

Empat pemain catur pilihan teratas, mendapat bye pada pusingan pertama.

Torre akan menentang pemenang perlawanan antara Nicholas, seorang penuntut jurusan perubatan dengan Megaranto dalam suku akhir dan sekiranya berjaya, bakal berdepan seorang lagi pencatur Indonesia, Adianto - juga bertaraf GM.

Kategori rapid akan dilangsungkan dalam tiga hari, mulai 27 November yang menggunakan tempoh terkawal, 25 minit dengan tambahan 10 saat bagi setiap langkah.

Dua belas pemain catur dari enam negara, bakal berentap dalam kategori ini.

Dua tahun lalu dalam temasya di Vietnam, Malaysia mencatatkan persembahan yang mengagumkan biar pun sekadar pulang dengan tiga gangsa kerana tidak memiliki walau seorang pun pencatur bertaraf GM.

Skuad negara ke Filipina yang cuba mencuri sebutir emas, turut mempertaruhkan Marcus Chan, Anas Nazreen Bakri, Lim Chuin Hoong, Mok Tze Meng, Lim Yee Weng, Wong Zi Jing, Roslina Marmono dan Wan Khye Theng. - Mingguan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.