saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/11/2005

Guru lemah punca murid gagal kuasai 3M

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Guru-guru yang semakin lemah dan terhakisnya budaya `kerja kuat' di kalangan mereka adalah punca murid-murid gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) serta mendapat gred corot dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005.

Sehubungan itu beberapa orang pakar pendidikan membidas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyalahkan faktor kekurangan guru di kelas-kelas pemulihan sebagai punca kepada masalah itu.

Mereka menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng sebagai tidak munasabah kerana kegagalan itu disebabkan oleh kelemahan di pihak guru-guru itu sendiri.

Kementerian Pelajaran juga diminta menyiasat kesahihan dakwaan itu kerana bimbang ia dibuat tanpa bukti yang sahih.

Bekas Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Datuk Abd. Rahim Tahir berkata, budaya `kerja kuat' di kalangan guru-guru dalam membantu memulihkan murid masing-masing semakin terhakis.

``Saya bimbang isu ini sengaja dibangkitkan dan Kementerian Pelajaran dilihat seolah-olah tidak peka dengan kegagalan murid menguasai 3M.

``Mustahil seseorang murid tidak mampu menguasai 3M selepas enam tahun belajar di sekolah rendah kecuali mereka yang mengalami masalah kelembapan otak yang ketara sehingga menjejaskan keupayaan berfikir seseorang murid,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Yim Pheng bahawa sehingga kini hanya terdapat seorang guru yang ditempatkan di setiap sekolah rendah bagi mengajar tiga kelas pemulihan tahun satu, dua dan tiga.

Yim Pheng dipetik sebagai berkata, murid-murid itu terpaksa meninggalkan kelas bagi subjek-subjek penting lain untuk mengikuti kelas-kelas pemulihan sehingga mereka terus ketinggalan berbanding pelajar mahir lain.

Setiausaha Agung NUTP itu membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkata pihaknya akan memberi tumpuan meningkatkan penguasaan murid yang gagal mencatat keputusan baik dalam UPSR 2005 melalui kelas pemulihan di sekolah menengah tahun depan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, NUTP seharusnya menyalurkan maklumat tersebut jika benar kepada Pejabat Pelajaran Daerah untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran.

Beliau mencadangkan kementerian mewajibkan kanak-kanak di seluruh negara memasuki kelas prasekolah dan tadika supaya mereka boleh menguasai 3M lebih awal.

``Rekod kami mendapati, murid yang tidak pernah memasuki kelas pra dan tadika sukar menguasai 3M kerana tidak mempunyai asas tersebut,'' katanya.

Sebagai contoh kata Mohd. Ali, masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman tidak berpeluang mengikuti kelas pra sehingga menjejaskan penguasaan 3M mereka.

Katanya, sistem pembelajaran di peringkat pra perlu diselaraskan di seluruh negara bagi membolehkan murid mendapat ilmu asas secara sistematik walaupun mereka belajar di pelbagai tadika.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud berkata, kekurangan guru bukan alasan sebaliknya bergantung kepada kaedah pengajaran, cara penyampaian dan buku teks yang digunakan oleh guru-guru di kelas pemulihan.

``Saya lebih yakin komitmen dan semangat seseorang guru untuk membantu murid masing-masing menguasai 3M lebih penting berbanding kuantiti guru yang perlu ditambah seperti diminta NUTP,'' katanya.

Tambahnya, guru terbabit dinasihatkan mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan kelas tambahan pada waktu petang atau Sabtu tanpa mengharapkan balasan.

``Guru sejati tidak akan mempersoalkan masa yang terpaksa diperuntukkan untuk anak bangsanya sendiri kecuali mereka yang sengaja mencari alasan untuk mengelak daripada menanggung beban,'' katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Awang Mohamad pula berkata, murid yang mendapat Gred D dan E bukan disebabkan kekurangan guru sebaliknya kebanyakan sekolah, program tahunannya hanya bertumpu pada murid darjah enam sahaja.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.