saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/11/2005

Watie Res2 rancang gabung tiga kumpulan remaja popular

BILA sebut nama Res2 mungkin ramai yang tidak begitu kenal dengan kumpulan yang dianggotai oleh empat gadis remaja sekitar tahun 1990-an. Kalau ada yang tahu nama itupun gara-gara kes salah seorang daripada anggotanya, Baby Res2 yang dihadapkan ke mahkamah kerana mengambil dadah pada April lalu.

Ini disebabkan Res2 yang dahulunya dianggotai oleh Erin, Baby, Watie dan Yatie meninggalkan bidang seni suara pada1997 setelah muncul dengan album ketiga mereka 3C.

Res2 yang dianggap saingan kumpulan gadis remaja popular ketika itu seperti Feminin, M' Steen dan Elite terpaksa mengundurkan diri apabila salah seorang ahli kumpulannya Erin melangsungkan perkahwinan sementara Baby menumpukan perhatian dalam bidang lakonan. Sejak itu, masing-masing membawa haluan sendiri.

Kini biarpun Res2 dikenali semula gara-gara cerita negatif, tetapi salah seorang anggota kumpulannya Salawati Salleh,30, atau lebih dikenali Watie Res2 tidak pernah patah semangat untuk meneruskan hasratnya muncul dengan album baru yang menggabungkan ahli kumpulan Femin, Elite dan M'Steen.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar Watie akan bergabung bersama mereka untuk muncul dalam sebuah album.

"Sebenarnya walaupun sudah hampir lapan tahun Watie tinggalkan dunia seni namun minat itu tidak pernah padam.

"Tidak salah kami muncul menggabungkan mereka yang pernah mencipta nama seperti As (Feminin), Intan Azura (M'Steen) dan Azza Elite.

"Watie yakin gabungan anggota empat kumpulan remaja yang pernah mencipta nama suatu waktu dulu pasti akan memeriahkan dunia seni suara hari ini,'' katanya begitu yakin.

Menurut Watie, buat masa ini dia akan cuba mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu sebelum menentukan komposer yang bakal menerbitkan album tersebut.

Siapa sangka setelah hampir lapan tahun menghilangkan diri dari dunia seni, Watie yang terkenal dengan sifat pendiamnya dulu, rupa-rupanya sudah menjadi isteri orang.

Mengunjungi kediamannya di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, Watie ramah memperkenalkan suami- nya, Zam.

Zam atau Zamzaihiri Mt. Nazim,28, ramah orangnya.

"Dah setahun kami menikah. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar kami akan melangsungkan persandingan pada 18 Disember ini di sebuah hotel di Jalan Kelang Lama," kata Zam.

Watie dan Zam telah nikah pada 19 Disember tahun lalu setelah 20 hari berkenalan melalui kawan baiknya.

Menurut Watie, mereka terpaksa menunggu setahun untuk disandingkan kerana kesibukan suaminya.

"Suami Watie memang sibuk. Malam kami dinikahkan, esoknya pagi-pagi dia sudah terbang ke Sabah atas urusan bisnes pelantar minyak di sana," cerita Watie yang memang tidak pernah digosipkan bercinta dengan sesiapa sejak bersama Res2 kerana sikapnya yang sukar untuk menerima cinta.

"Sebelum saya dikenalkan dengan Zam, sebenarnya saya baru sebulan putus cinta. Memanglah rasa kecewa sangat tetapi saya tidak mahu patah semangat.

"Akhirnya setelah sebulan ditinggalkan, saya ditemukan dengan Zam. Entah kenapa pada pertemuan pertama saya sudah mula dapat rasa antara kami bagaikan ada chemistry.

"Setelah 20 hari berkenalan dan hanya dua kali bertemu, akhirnya Zam melamar saya dan kami bernikah," cerita Watie malu-malu.

Menurut Watie, walaupun dia mahu menyanyi semula tetapi tidak menolak jika dalam waktu terdekat dikurniakan anak.

"Anak adalah penyeri sesebuah rumah tangga, Watie dan Zam tidak mahu merancang dan kalau dah rezeki kami terima," kata Watie.

SETELAH menjadi isteri Zam, Watie terus menjinak-jinak diri dalam bidang perniagaan.

Majukurnia Sdn. Bhd., yang bermodalkan RM22,000 menjalankan pelbagai perniagaan termasuk bidang hartanah dan sebagai pembekal alatan telekomunikasi.

"Watie memang minat berniaga. Sebelum kenal dengan Zam, Watie pernah menjalankan perniagaan butik di Times Square bersama seorang rakan kongsi dari Singapura.

"Tetapi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Watie terpaksa tinggalkan perniagaan itu," cerita Watie.

Menurut Watie, atas galakan suaminya dia akan mengikuti kursus keusahawanan untuk menjadi seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.

Zam yang sejak tadi mendengar bualan isterinya, menyampuk sambil berkata;

"Sebagai suami saya menggalakkan apa juga yang mahu dilakukan oleh Watie sebagai kariernya masa depan. Saya tahu dia minat berniaga jadi saya cuba membimbingnya.

"Bukan itu sahaja, malah saya akan keluarkan duit sendiri untuk menerbitkan album Watie. Saya akan cuba memenuhi impian Watie disamping membahag iakan hidupnya," kata Zam yang sudah mula menceburi bidang perniagaan sejak usia belasan tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.