saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/11/2005

Ziela Jalil dapat pejabat sempena hari lahir ke-35


ZIELA bersama suami dan anak-anak pada majlis pembukaan pejabat barunya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEPANJANG usia penerbit drama Ziela Jalil, baru tiga kali dia merai ulang tahun hari lahirnya. Kali pertama sewaktu usianya 17, 18 dan terbaru 35 tahun pada 14 November lalu.

Kata Ziela, hadiah paling berharga yang diterima sempena ulang tahunnya kali ini adalah pembukaan pejabat barunya, Pena Creative Pictures Sdn. Bhd., di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Selain pembukaan pejabat, dia juga rasa terharu kerana berpeluang menyambut raya bersama anak-anaknya Puteri Julia Nabila, 14, dan Megat Jufri Nasrullah, 12, krew Pena Creative dan anak-anak yatim.

Kata Ziela, dia merasa lega kerana mempunyai pejabat sendiri berbanding dulu yang terpaksa menyewa di pejabat orang lain. Pembukaan pejabatnya itu dirasmikan oleh suaminya, Tan Seri Megat Joned Megat Ayob.

Ramai rakan-rakan artis yang hadir. Antaranya ialah Liza Abdullah, Rosnah Johari, Jehan Miskin, Nur fazura, Rashidah Jaafar, A.R Badul dan Zulhuzaimy.

Kata Ziela, "Pejabat ini Ziela beli daripada orang kedua dengan harga RM315,000 satu unit. Harap bila ada pejabat sendiri Ziela akan lebih bermotivasi untuk menerbitkan banyak drama yang berkualiti."

Sebagai Pengarah Urusan Pena Creative, Ziela turut dibantu oleh Eizlan Yusuf (Eksekutif Produser), Salina Osman Basha (Pengarah Produksi) dan Suria Nordin selaku Penolong Pengarah Produksi.

Jelas Ziela, sehingga kini syarikatnya sibuk memenuhi waktu tayangan yang telah diperoleh daripada stesen RTM, TV3 dan Channel 9.

"Tahun ini kami agak aktif dan Pena Creative telah menghasilkan lima telefilem, drama bersiri dan dokumentari majalah. Syukur alhamdulillah kerana kebanyakan cadangan kami diterima oleh stesen TV, '' katanya.

Menurut Ziela, dia bercadang untuk menerbitkan drama bersiri 26 episod, Teratak Kasih Marhani yang membariskan pelakon-pelakon veteran sebagai watak utama.

Antara pelakon yang telah dikenal pasti ialah Aziz Sattar, S.Shamsuddin, Mariani, Salmah Hitam, M.Rajoli, Datuk Mustafa Maarof dan Zaiton.

"Setiap tahun kita lihat pelakon-pelakon lama semakin berkurangan. Dari situ timbul idea saya untuk membuat satu drama berkisar mengenai kehidupan mereka.

"Sekurang-kurangnya drama itu boleh dijadikan rujukan untuk generasi akan datang,'' katanya yang akan memulakan penggambaran drama tersebut selewat-lewatnya awal tahun depan.

Untuk projek tersebut, Ziela mungkin menggunakan khidmat pengarah Murali atau Rashid Sibir.

Kata Ziela, syarikatnya sering menggunakan pengarah yang sama kerana mereka sudah tahu apa yang dikehendaki oleh penerbit. Malah untuk masa akan datang, Ziela bercadang menggunakan khidmat pengarah Kabir Bhatia.

Filem seram

Selain menerbitkan drama, syarikatnya juga bercadang menghasilkan filem berunsur seram tidak lama lagi.

"Niat nak terbit filem memang ada tapi tahun ini kami kesuntukan masa. Tunggulah tahun depan. Saya berminat untuk menghasilkan filem seram yang mengisahkan orang dirasuk seperti filem Exorcists," kata Ziela terus terang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.