saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 24/11/2005

Sidang Dewan Rakyat kecoh perkataan `monyet'

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh sebentar apabila anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah mengenai perkataan `monyet' dan `macam monyet' yang disebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M. Kayveas.

Isu timbul semasa beliau hendak menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai kes tertunggak paling lama di mahkamah. Ketua pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudian bangun mencelah dan meminta Kayveas tidak menjawab sekiranya beliau tidak tahu.

"Jawablah berapa lama tertunggak punya," kata Lim.

"Ya saya jawab, you dengarlah dulu. Orang dari luar negara datangpun (ketika itu anggota Parlimen Kesatuan Eropah sedang menyaksikan perjalanan persidangan, Lim berlagak) macam monyet saja perangai. Memalukan negara kita ini...serupa monyet. Saya pun tak faham dari dulu macam itu juga, saya mau jawab tak mau dengar."

"Saya mau jawab kenapa kes itu tertunggak tapi tak mau dengar...kes tertunggak itu sebab dari peguam pembangkang juga...ramai pembangkang yang jadi peguam tapi kes tertunggak sebab tak datang mahkamah," kata Kayveas.

Anggota pembangkang kemudian menggesa agar Kayveas menarik balik perkataan itu dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat Parlimen yang menyatakan bahawa anggota Parlimen tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata tidak sopan semasa bersidang.

Kayveas pada mulanya berkeras mempertahankan tindakan beliau yang menyatakan anggota Parlimen pembangkang "bertindak seperti monyet di sarkas" kerana enggan mendengar penjelasan yang diberikan.

Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) dan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) kemudian bangun mencelah agar anggota pembangkang yang menimbulkan kekecohan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

Anggota parlimen pembangkang juga menuntut agar Kayveas dirujuk kepada jawatankuasa itu kerana telah mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan terhadap mereka.

Kayveas kemudian berkata bahawa perkataan yang dikeluarkan kepada anggota pembangkang itu `bukan monyet tetapi bertindak seperti monyet'.

Rombongan anggota Parlimen Kesatuan Eropah itu telah menyaksikan perbalahan itu berterusan selama 10 minit sebelum keadaaan dapat ditenteramkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Ramli kemudian mengarahkan agar Kayveas menarik balik perkataan "macam monyet" bagi mententeramkan keadaan dan Timbalan Menteri itu akhirnya berbuat demikian sesi soal jawab disambung semula. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.