saya nak baca ..

BERITA


ARKIB : 24/11/2005

Skuad catur turun tanpa Siti Zulaikha

KUALA LUMPUR - Tanpa penyertaan Siti Zulaikha Muhmad, sandaran negara bagi emas catur di Sukan SEA Manila, Malaysia kini sekadar menyasarkan satu perak dan dua gangsa dalam acara itu.

"Kita kehilangan khidmat Siti Zulaikha. Dari segi ranking dunia juga, Malaysia agak jauh ketinggalan berbanding tuan rumah Filipina, Indonesia dan Vietnam," kata pengurus pasukan catur Ibrahim Abu Bakar di sini, semalam.

Siti Zulaikha, pemenang dua gangsa di Sukan SEA yang lepas di Vietnam melalui acara `rapid single dan traditional single', terpaksa melupakan Filipina untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang berakhir 3 Disember ini.

Sukan SEA ke-23 di Filipina akan berlangsung dari 27 November hingga 5 Disember ini dan acara catur akan berlangsung di Tagaytay City Convention Centre, Manila.

Ibrahim berkata, sasaran tahun ini lebih tinggi daripada pencapaian skuad negara pada Sukan SEA di Vietnam yang cuma meraih tiga gangsa.

Beliau menjangkakan pingat perak nanti diperolehi melalui acara `rapid team atau rapid single'.

Pasukan lelaki negara dibarisi Mas Hafizul Helmi, Nicholas Chan, Marcus Chan, Anas Nazreen Bakri, Lim Chuin Hoong, Mok Tze Meng, Lim Yee Weng dan Wong Zi Jing manakala peserta wanita terdiri Roslina Marmono dan Wan Khye Theng.

"Kesemua pemain kita dilatih oleh Grand Master Ian Rogers dari Australia yang dibantu oleh jurulatih tempatan Ismail Ahmad," kata Ibrahim.

Antara pencatur lelaki, hanya Mas Hafizul Helmi yang bertaraf International Master (IM) manakala Wong Zi Jing adalah bertaraf FIDE Master (FM). Bagi wanita pula, hanya Siti Zulaikha yang bertaraf Woman FIDE Master (WFM).

Filipina mempunyai tiga Grand Master (GM), yang juga taraf tertinggi dan dua IM sementara Vietnam mempunyai dua GM, seorang IM dan dua FM.

"Berdasarkan kedudukan tersebut, jelas Malaysia agak jauh ketinggalan berbanding lawan," katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim yakin pemain Malaysia mampu melakukan upset dengan menewaskan pemain yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada mereka seperti di Vietnam dahulu apabila Siti Zulaikha berjaya menewaskan lawan dari kelas IM untuk memungut dua gangsa.

"Saya tidak mahu meletakkan sasaran emas. Jika dapat sebutir emas, itu satu bonus," katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.