saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/11/2005

Rock - Cetusan pengalaman Mamat Khalid


PARA pelakon filem Rock selepas pratontonnya diadakan di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.



MUZIK rock yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tempatan pada pertengahan tahun 1980-an telah memberi ilham kepada Mamat Khalid, 43, untuk mengarah filem terbarunya berjudul Rock.

Filem keempat arahannya itu dihasilkan bagi mengimbau nostalgia yang pernah dilalui oleh para pemuzik dan peminat rock tempatan.

Menurut Mamat, dia turut memaparkan pengalaman yang dilaluinya sewaktu era kegemilangan muzik rock itu dalam filem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd., tersebut.

"Ketika tahun 1980-an saya juga salah seorang peminat rock di mana ketika itu saya berusia 23 tahun dan bermain keyboard dalam sebuah kumpulan bernama Drop Out.

"Kumpulan saya itu juga pernah menyertai pertandingan Battle Of The Band sama seperti yang dilalui oleh kumpulan Rimba Bara dalam filem ini.

"Bagaimanapun kumpulan saya berpecah apabila setiap anggota membawa haluan masing-masing. Saya pula berkahwin pada 1987,'' katanya sewaktu ditemui selepas pratonton filem itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Malah, Rock juga meninggalkan kenangan mendalam terhadap Mamat apabila bekas anggota kumpulannya, Jijo Alfonso Pareira Abdullah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

"Jijo adalah seorang kawan rapat saya yang baru memeluk Islam. Dia bermain bass dalam Drop Out di mana watak itu dilakonkan oleh Khir Rahman dalam filem ini,'' ujarnya.

Kata Mamat, dia juga melakukan pelbagai kajian selain menyelitkan pengalamannya sendiri sebelum penggambaran filem itu dijalankan.

"Antaranya saya jumpa beberapa orang penggiat muzik rock dan penganjur pertunjukan pentas seperti Ali Bakar dan Syed Yusof Jamalullail bagi mendapatkan maklumat tentang kumpulan-kumpulan rock tahun 1980-an.

"Ali Bakar misalnya beri saya peluang melihat gambar-gambar dan poster-poster kumpulan rock lama. Saya juga meminjam dan menggunakan 20 gitar untuk filem ini,'' ujarnya.

Jelas Mamat, dia menaruh keyakinan Rock bukan sahaja mampu meninggalkan nostalgia kepada peminat rock tetapi tetapi juga bukan peminat rock.

"Walaupun tidak minat muzik rock tetapi bagi yang meminati filem komedi, Rock banyak memaparkan adegan-adegan lucu,'' katanya lagi.

Bagi mempromosikan Rock, tiga buah lagu baru telah dijadikan lagu latar dalam filem yang akan ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember ini.

"Tiga lagu itu berjudul Satu Tika Dulu, Kathy dan Zack dan Sentuhan Kidal. Tiga lagu itu akan dimuatkan dalam sebuah album soundtrack filem ini.

"Album itu akan diterbitkan oleh GBSB bersama sembilan lagi lagu-lagu lain antaranya lagu Sejuta Wajah (Sweet Charity), Dari Sinar Mata (BPR), Belaian Jiwa (Carefree) dan Panah Beracun (Ramli Sarip).

"Saya harap lagu-lagu itu akan membantu menarik para penonton berkunjung ke pawagam untuk menyaksikan filem ini,'' ujarnya lagi.

Rock yang menelan kos termasuk promosi berjumlah RM1.4 juta dibintangi oleh Hasnol Rahmat, Khir Rahman, Nabila Huda, Que Haidar, Azmi Baharom, Soffi Jikan dan S. Amin Shahab.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan rock, Rimba Bara yang bercita-cita untuk mengembangkan muzik rock yang mereka perjuangkan.

Rimba Bara melalui pelbagai rintangan termasuk daripada keluarga masing-masing untuk merakamkan album sendiri dan mencipta nama sebagai artis rock.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.