saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/11/2005

Syafinaz - Antara pengacara dan penerbit WHI

BILA sebut nama Ruhil Syafinaz Hussein tentu ramai yang tidak boleh lupakan seraut wajah manis yang sering menghiasi rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 yang disiarkan setiap hari pukul 2.30 petang sejak akhir 2003.

Ruhil Syafinaz, 33, atau lebih mesra dipanggil Inaz memang saling tidak tumpah wajah adiknya, penyanyi Ruhil Amani Hussein, meskipun kini dia tidak lagi mengurus kerjaya seni adiknya sebaliknya lebih terarah kepada bidang penyiaran.

Disebabkan minatnya yang begitu mendalam dalam bidang penyiaran, membuatkan Inaz sanggup berkorban apa saja demi memastikan rancangan kelolaan dan terbitannya itu dapat berjalan dengan lancar disamping meraih rating yang tinggi.

Sebab itu tidak hairanlah, Inaz dan suaminya, Gibran Agi, 33, sanggup meninggalkan rumah mereka di Kajang dan menyewa di Bandar Utama untuk memastikan waktu mereka tidak terbuang.

Sebaliknya apa yang penting lebih banyak masa dapat ditumpukan kepada kerja-kerja penyuntingan rancagan yang diterbitkannya sejak Julai lalu, WHI yang kadangkala memerlukan dia berada di studio Sri Pentas, TV3 sehingga pukul 3 pagi.

"Memang pada mulanya bila Inaz muncul sebagai pengacara WHI perasaan gementar itu tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun setelah beberapa siaran ia sudah sebati dengan jiwa Inaz.

"Kini sejak setahun lalu Inaz menjadi penerbit untuk rancangan ini. Menerbitkan WHI memang memberi kepuasan kepada Inaz bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman malah memberi peluang untuk Inaz curahkan idea bernas dalam rancangan yang mempunyai peminat begitu ramai.

"Walaupun Inaz pernah menjadi pegawai perhubungan awam tetapi pengalaman sebagai pengacara, wartawan dan penerbit WHI memberi pengalaman yang sukar dijual beli.

" Betapa tidak daripada kerjaya dan pengalaman itu telah memberi peluang yang lebih besar pada Inaz untuk menerajui sebuah rancangan talkshow yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi," cerita Syafinaz.

Rancangan talkshow terbitan Syafinaz yang dijangka disiarkan pada Januari depan setiap hari Rabu dan Jumaat pukul 12 tengah malam dijangka akan memberi satu dimensi baru dalam bidang penerbitan talkshow.

"Dalam rancangan yang disiarkan secara live itu akan membincangkan isu-isu semasa yang menyentuh mengenai GRO, pelacur dan masalah remaja hari ini.

"Inaz yakin walaupun rancangan itu akan disiarkan pada tengah malam tetapi ia pasti dapat menarik orang ramai menyaksikannya kerana isu-isu yang diketengahkan selama sejam pasti membuat kita sama-sama berfikir ke arah menanganinya," kata Syafinaz yang akan mengendalikan rancangan itu bersama seorang pelakon lelaki yang mula mencipta

nama.

Tinggalkan bidang guaman

GIBRAN Agi Abdul Ghafar yang begitu memahami minat dan cita-cita isterinya tidak pernah membantah apa yang dilakukan isterinya sebaliknya sebagai orang yang meminati seni dan bidang penerbitan dia sentiasa memberi galakan.

Gibran yang pernah popular sebagai pelakon teater, drama dan pernah mengarah kini merasa selesa menjalankan tugasnya sebagai penasihat di Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB).

"Memang ada kalangan kawan-kawan rapat saya tertanya-tanya mengapa saya tinggalkan bidang guaman dan beralih ke bidang ini. Tetapi sebenarnya saya punya alasan sendiri dan biarlah ia menjadi rahsia saya.

"Bagaimanapun sebagai penasihat kepada GBSB saya rasa dapat melakukan kerja yang mempunyai hubungkait dengan kelulusan dan minat saya," jelas Gibran pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Islam Antarabangsa yang pernah mempunyai syarikat guaman bersama kawannya suatu waktu dulu.

Kini, katanya, sebagai penasihat beliau sentiasa memantau dan meneliti segala proposal dan skrip sebelum penerbitan dimulakan.

Menyentuh mengenai bidang pengarahan Gibran yang telah dua tahun bekerja dengan anak syarikat TV3 itu memberitahu;

"Semasa saya menjadi pelakon bebas saya terpaksa mencari peluang berlakon atau mengarah. Tetapi kini bila saya sudah bekerja peluang pula mencari saya.

"Tetapi semua saya tolak demi tugas saya di sini. Saya rasa tidak praktikal dengan jawatan saya di sini kemudian saya menjalankan kerjakerja pengarahan pula." kata Gibran yang pernah berlakon drama RTM Siapa Khairil (1999), Kandang dan filem Paloh selain mengarah rancangan bercorak majalah, Edisi Remaja.

Impian masa depan

SYAFINAZ dan Gibran - ayah kepada Ruhil Batrisya Agi, 3, walaupun kini dianggap berjaya dalam bidang masing-masing namun mereka mempunyai impian tersendiri.

"Saya mahu menjadi pengacara talkshow yang berjaya seperti Oprah Winfrey," begitu kata Inaz tanpa berselindung.

Berlainan pula dengan Gibran; "Andai ditakdirkan suatu hari nanti saya tinggalkan kerjaya hari ini, saya mahu menjadi film maker yang berjaya."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.