saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/11/2005

Ketuk-ketampi pastikan tidak sembunyi benda

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tindakan mengarahkan orang kena tahan (OKT) ketuk-ketampi merupakan antara taktik memastikan suspek tidak menyembunyikan senjata atau barang larangan seperti dadah, pada anggota badan.

Melalui taktik itu juga, bahan seperti dadah yang disembunyikan dalam kemaluan wanita atau lubang dubur, akan keluar dengan sendiri, menurut satu sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

``Namun, tindakan ketuk-ketampi itu bukan merupakan satu prosedur yang ditetapkan oleh PDRM.

``Dengan kata lain, PDRM tidak pernah menetap atau mengeluarkan sebarang prosedur supaya setiap OKT dikenakan ketuk-ketampi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebaliknya, amalan ketuk-ketampi lebih merupakan antara taktik dilakukan oleh pasukan polis berdasarkan pengalaman dalam menjalankan siasatan serta pemeriksaan.

Sumber itu memberitahu, pada masa sama hanya anggota polis wanita sahaja boleh memeriksa OKT wanita manakala anggota polis lelaki bertanggungjawab memeriksa OKT lelaki.

Kata sumber itu, setiap OKT lelaki atau wanita akan terlebih dahulu dibogel sebelum pemeriksaan.

``Berdasarkan Seksyen 19 (2) Kanun Prosedur Jenayah, hanya anggota polis wanita dibenarkan memeriksa OKT wanita.

``Langkah ini bagi memastikan OKT wanita tidak diaib atau dijatuhkan maruahnya,'' kata sumber itu.

Sumber itu memberitahu, tindakan ketuk-ketampi sebenarnya sering dilakukan oleh bahagian narkotik berdasarkan pengalaman terdapat penjenayah menyembunyikan sesuatu dalam kemaluan atau dubur mereka.

``Apabila OKT diarah ketuk-ketampi, ada barang larangan seperti dadah terkeluar dari kemaluan atau duburnya. Malah, tindakan ketuk ketampi itu juga dapat mengelak tohmahan terhadap polis di mana OKT boleh mendakwa anggota polis mengambil kesempatan meraba tubuh badan mereka,'' katanya.

Bagaimanapun kata sumber itu, setiap OKT lelaki atau wanita yang hendak dibogelkan untuk pemeriksaan, perlu dilakukan dalam bilik khas dan tertutup.

``Tindakan pemeriksaan terhadap OKT itu perlu dilakukan dalam bilik khas supaya tidak dilihat oleh anggota berlainan jantina,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.