saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/12/2005

MPPJ bayangan `Chelsea'

PETALING JAYA - ``Jika orang mahu menggelar kami sebagai Chelsea Malaysia...ya saya terima. Kami memang ingin menjadi Chelsea Malaysia.''

Itulah kata-kata Presiden MPPJ FC Datuk Ahmad Termizi Puteh yang berkata itulah jawapannya kerana sering ditanya apakah pasukannya ingin mengikut gaya juara Liga Perdana England itu kerana sanggup berbelanja besar untuk memikat pemain-pemain ternama.

Kelab pertama muncul juara Piala Malaysia pada 2003, MPPJ telah berbelanja besar untuk musim 2005/2006, yang menurut Ahmad Termizi menyediakan dana kira-kira RM6 juta bagi keseluruhan musim.

Mereka berjaya memikat beberapa nama hebat dalam bola sepak negara seperti bekas penjaga gol kebangsaan dan Pahang, Azmin Azram Abdul Aziz, Kaironnisam Shahabuddin Hussin (pertahanan Perlis), Chan Wing Hoong (pertahanan Perak) dan K. Nanthakumar (pemain tengah Perak).

Turut beralih angin ke MPPJ ialah Liew Kit Kong, bintang bernilai RM1 Yusri Che Lah (pemain tengah Perlis) dan penyerang antarabangsa Indonesia Astaman Ponaryo.

Hero Piala Malaysia 2003, Juan Manuel Arostegui dari Argentina juga akan kembali bersama mereka dan akan tiba di sini pada 9 Disember.

Tindakan Black Widow berbelanja besar telah menyebabkan mereka terjerumus dalam kontroversi apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FA negeri mempersoalkannya kerana mereka dilihat tidak mematuhi gaji siling RM8,000.

``Walaupun FAM dan negeri-negeri mempertikaikan, tetapi kami mahu memberikan yang terbaik untuk pemain-pemain kami kerana kami mengharapkan yang terbaik daripada mereka,'' kata Ahmad Termizi.

Mereka juga terlibat dalam perang mulut dengan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) melibatkan isu mengambil Yusri daripada bekas juara Piala Malaysia itu.

MPPJ dituduh cuba merampas Yusri dalam prosesnya memancing tonggak Perlis itu tanpa merujuk kepada PFA. Pengurusan skuad Singa Utara kemudiannya menetapkan harga perpindahan sebanyak RM100,000 dan kemudian RM1 selepas Yusri berkata Perlis cuba memusnahkan kariernya dengan meletakkan harga sebegitu tinggi.

``Bagi saya, harga RM1 itu kerana Perlis mahu menyakitkan hati pemain (Yusri). Tetapi kini semuanya telah selesai dan tumpuan kami ialah terhadap perlawanan,'' kata Ahmad Termizi.

MPPJ akan memulakan kempen Liga Super dengan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada Sabtu ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.