saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/12/2005

Saujana & Nowseeheart bikin gempar!

SUKAR untuk menafikan kehebatan dua buah kumpulan nasyid terkenal tanah air Saujana dan Nowseeheart.

Ada yang mengatakan kedua-dua kumpulan ini telah berkubur namun andaian itu tidak benar sama sekali. Sebagai bukti, sehingga kini mereka sering menerima jemputan untuk membuat persembahan.

Dan terbaru mereka muncul dengan album baru di bawah terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

14 November 2005 menjadi tarikh bersejarah buat Saujana dan Nowseeheart apabila muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul Jalan Sehala.

Walaupun ia merupakan sebuah album studio pertama yang menggabungkan Saujana dan Nowseeheart, namun bagi kedua-duanya Jalan Sehala merupakan album studio keenam bagi Saujana dan keempat bagi Nowseeheart.

Album yang berkonsepkan nasyid moden ini memuatkan 10 buah lagu yang mengandungi lima lagu baru dinyanyikan oleh Saujana dan sebahagiannya oleh Nowseeheart.

Selain aktif bernasyid, anggota Saujana juga sibuk dengan karier masing-masing seperti Faizul, doktor perubatan, Hakimi (jurutera), Suffian (pengurus penerbitan), Azalinor (jurutera) dan Idzwan (pelajar perubatan).

``Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan menurut jejak langkah sahabat saya Faizul, seorang doktor perubatan juga merupakan anggota Saujana yang paling rapat dengan saya,'' katanya.

Hakimi Harun, anggota Saujana yang kini bertugas sebagai jurutera di IBM Malaysia menggambarkan kemunculan album keenam Saujana dan Nowseeheart, Jalan Sehala ini semakin matang.

Ia dengan bantuan para komposer yang hebat seperti Aidit Alfian, Loloq, Trabye, Nazeri Raihan dan ramai lagi.

Hasrat menyumbang lagu ilham sendiri terhasil apabila terbitnya sebuah lagu berbahasa Jepun berjudul Saujana. Paling menggembirakan apabila pihak Telaga Biru bersetuju menjadikan lagu tersebut sebagai single kedua untuk album ini selepas single pertama Jalan Sehala.

Nowseeheart pula kini dianggotai oleh lima anggota iaitu Idzhar Jumali (Idz), Muhd. Sariman Abdul Manap (Man), Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini (Kojam), Azahari Abdul Rahman (Zarie), dan Ahmad Firdaus Baharuddin (Bob).

Bagi Nowseeheart, kesibukan sebagai artis tidak menjejaskan karier lain yang diceburi masing-masing. Pandai menguruskan masa, bijak, rajin dan berani untuk berjaya antara kata-kata hikmat yang sering dipegang oleh mereka untuk terus kekal dalam industri nasyid.

Isnin hingga Jumaat diperuntukkan untuk waktu berkerja, Huzaimi (pengurus produksi), Idzhar (motivator), Azahari (guru), Bob (penyelia kawasan), dan Sariman (berniaga sendiri). Masa yang terluang, hari cuti atau hujung minggu diperuntukkan sepenuhnya untuk nasyid dan keluarga.

Nowseeheart, bekas pemenang Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik 2003 dan Persembahan Terbaik di dalam Anugerah Carta Ikim.fm 2004.

Mereka menganggap album kolaborasi Saujana dan Nowseeheart ini sebagai satu peluang keemasan untuk berkarya. Album Jalan Sehala menjadi platform apabila setiap anggota Nowseeheart diberi peluang seluasnya, mencurahkan ilham terbaik untuk dikongsi bersama peminat nasyid, jelas Huzaimi lagi.

Bagi peminat yang merindui dan sering ternanti-nanti kemunculan album baru Saujana dan Nowseeheart mulai sekarang bolehlah mendapatkannya di kedai muzik, kedai kitab dan alat ibadah.

Dan yang paling mudah ialah dapatkannya di kedai Mesra di Stesen Mesra Petronas seluruh negara, dengan kaset RM15.90 dan cakera padat RM25.90.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.