saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/12/2005

Unic susun strategi 2006

SEBUT sahaja nama kumpulan Unic, ramai yang mengenalinya apalagi di kalangan generasi muda. Malah kumpulan nasyid ini merupakan antara kumpulan nasyid yang popular di universiti-universiti tempatan seluruh negara.

Lagu-lagu seperti Hanya Tuhan Yang Tahu itu sudah cukup menghiburkan semua. Ternyata nyanyian dan penampilan mereka sudah berjaya menambat hati peminat apalagi di kalangan pendengar wanita.

Maka tidak hairanlah hadirnya album seperti C U di IPT, bagaikan memberi penghargaan kepada golongan siswa yang berterusan memberi sokongan.

Menurut Bazli Hazwan Che Osman, ``kami berasa terharu dan gembira dengan sokongan yang diberikan. Sokongan itulah yang membakar semangat untuk kami berkarya,'' katanya.

Walaupun hari ini, industri rakaman dalam keadaan kurang menggalakkan, nampaknya kumpulan nasyid masih ada tempat di hati pendengar.

Kejayaan cemerlang dua album graduan paling popular AF, Mawi serta jualan menggalakkan yang diperoleh kumpulan-kumpulan nasyid lain sekali gus membuktikan bahawa industri ini masih ada harapan dan masa depan.

Album pertama mereka berjudul Unic diikuti dengan C U di IPT mendapat jualan yang cukup menggalakkan dan kini menyandarkan harapan yang lebih baik lagi terhadap Satu Dekad terbitan Hijjaz.

Kumpulan empat anak muda ini baru sahaja menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) kecuali seorang lagi (Ahmad Fazli Abd. Aziz) yang masih menuntut di IPT. Selain Bazli dan Fazli, Unic ini turut dianggotai oleh Mohamed Fitri Mohd. Haris dan Mohammad Hafiz Hamidon.

Sayangnya, sahabat mereka Hafiz akan meninggalkan kumpulan ini atas sebab-sebabnya sendiri. Namun Hafiz masih bersama mereka dalam menjayakan persembahan dan aktiviti Unic di serata destinasi.

``Perpisahan itu berlaku, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apa pun kami tetap bersahabat,'' ujar Bazli yang memperoleh Diploma Jurusan Quran dan Sunnah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Selain Hanya Tuhan Yang Tahu, Demi Cinta Suci dan kini Balqis, kisah Ratu Balqis (di zaman Nabi Sulaiman) terus melonjakkan Unic ke tahap yang lebih baik hari demi hari.

Gandingan suara harmoni dan menarik menjadikan lagu-lagu dendangan mereka terus segar dan menjadi santapan halwa telinga.

Pakej yang dimiliki Unic merupakan antara faktor Unic disukai pendengar dan peminat. Peramah, berpendidikan dan bersangka baik itu membuat Unic disenangi ramai.

Maka tidak hairanlah lagu mereka juga turut dicalonkan serta terpilih sebagai antara lagu finalis dalam Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm pada minggu depan.

``Lagu kami bertanding dengan kumpulan-kumpulan nasyid yang hebat. Setiap kumpu-lan mempunyai peluang untuk berjaya dan bagi Unic kami berazam memberi yang terbaik untuk semua,'' ujar Bazli lagi.

Kumpulan-kumpulan yang bersaing hebat dalam anugerah ini ialah Rabbani, Hijjaz, Inteam, Ideal, Alami, D'Hearty, Mestika dan Nirwana.

Bila ditanya apakah impian Unic pada tahun depan, Bazli menjelaskan, pihaknya kini sedang berbincang dengan Hijjaz untuk bergerak sendiri.

Setelah dididik dan mendapat pendedahan yang mencukupi, Unic merasakan mereka boleh berlari dan berdikari khususnya dalam menguruskan aktiviti mereka.

``Walaupun sudah bersedia, namun kami juga bersedia menerima teguran dan nasihat abang-abang daripada Hijjaz,'' kata Bazli, tenang.

Apa pun yang nyata anak didik Hijjaz ini berasa gembira dan berterima kasih kerana mendapat abang-abang yang tidak jemu memberi peluang dan membimbing mereka di dalam industri ini.

Bazli berharap benar agar mencatatkan rasa terima kasih Unic terhadap peminat dan pendengar yang memberi sokongan selama ini kepada mereka.

Unic bakal muncul dengan album baru April depan dan kini kerap menerima jemputan untuk memberi ceramah di sekolah-sekolah.

``Satu pengalaman menarik sebenarnya bersama budak-budak sekolah,'' jelas Bazli.

Walaupun dua rakannya sudah bekerja, Bazli baru saja memohon untuk meneruskan pengajian dalam jurusan yang sama di peringkat ijazah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.