saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/12/2005

Polis yakin suspek bunuh pelajar masih berada di KL

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis yakin dua suspek yang dilihat dalam pita rakaman selepas kes bunuh seorang pelajar Sekolah Antarabangsa Garden Sri Hartamas, Khairul Anuar Salim, 18, di Jalan Melor, Taman Muda, Ampang, di sini pada 26 November lalu masih berada di kawasan sini.

Ini kerana, sehingga kini masih tiada maklumat menyatakan mereka (suspek) telah meninggalkan Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azri Ahmad berkata, berdasarkan maklumat hasil penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semalam, dua suspek terbabit dipercayai masih bersembunyi di kawasan berhampiran.

``Dua suspek berusia 20 hingga 30-an itu sukar melarikan diri kerana polis sedang giat melakukan sekatan jalan raya,'' katanya di sini hari ini.

Menurut Azri, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masih dijalankan.

``Polis kini sedang dalam proses membuat dan mengenal pasti lakaran wajah dua suspek berkenaan,'' jelas beliau.

Sementara itu, Penyelaras Projek Koordinator Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi talian Rakan Cop untuk membantu siasatan polis.

``Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada polis untuk mengelak dan mengurangkan kejadian jenayah kejam sebegini daripada berulang.

``Kita perlu kembali dan mengamalkan terma-terma masyarakat penyayang untuk membantu pihak berkuasa membanteras dan memberkas mereka yang bertanggungjawab,'' tegas beliau ketika menghubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada 26 November lalu, Khairul Anuar maut akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai kerambit selepas mangsa menegur suspek yang cuba mengganggu sepupunya.

Niat baik Khairul Anuar bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati menyebabkan seorang daripada lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu menikamnya.

Ekoran itu, Khairul Anuar cedera parah di perut dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.