saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/12/2005

Anwar tetap saman Dr. Mahathir - Peguam

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan meneruskan niatnya untuk menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad atas dakwaan memfitnah apabila memanggil Anwar sebagai peliwat dan homoseksual.

Peguam S. N. Nair berkata, disebabkan saman fitnah itu merupakan perkara yang serius dan kompleks, beliau perlu mengambil pendekatan yang cermat dan teliti dalam mengumpul bukti serta melengkapkan tuntutan.

Beliau yang mewakili Anwar berkata, dalam usaha itu, pihaknya sedang berbincang dengan beberapa orang peguam kanan termasuk Raja Aziz Adruce dan Datuk Param Cumaraswamy.

``Saya sentiasa berhubungan dengan Anwar yang selalu berada di luar negara. Anak guam saya tidak pernah membatalkan niatnya untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Dr. Mahathir.

``Saya menjangkakan semua dokumen dan fail dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu lagi. Sudah pasti Dr. Mahathir akan menerima writ saman tersebut,'' katanya ketika ditemui di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, hari ini.

Nair berkata demikian, selaku peguam yang mewakili Anwar, sebagai reaksi kepada kenyataan Dr. Mahathir minggu lalu mengenai perkembangan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh bekas timbalannya.

Pada 23 September lalu, Anwar menyerahkan surat tuntutan melalui peguam Dr. Mahathir yang menuntut bekas Perdana Menteri memohon maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari kerana didakwa memfitnahnya (Anwar).

Kandungan surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa peguam-peguam Anwar telah menerima arahan untuk mengambil tindakan undang-undang jika permintaan itu tidak dituruti.

Anwar mendakwa Dr Mahathir melafazkan perkataan-perkataan memfitnahnya dalam sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Menara Tun Razak pada 9 September lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.