saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/12/2005

Liyana Jasmay dapat tunjuk ajar Rosyam Nor


LIYANA JASMAY.


CASTELLO mencatatkan kenangan manis buat pelakon remaja Liyana Jasmay kerana ia merupakan filem pertama yang mengangkat namanya ke layar perak.

Biarpun masih mentah dalam dunia lakonan, tetapi gadis berusia 17 tahun ini telah pun diberi kepercayaan melakonkan watak penting menerusi filem tersebut.

Liyana menggalas cabaran itu dengan membawakan watak Pim iaitu seorang gadis sunti yang terbabit dalam gejala ketagihan dadah.

Menurut Liyana, dia melakukan pelbagai persediaan sebelum melakonkan watak itu selain mendapat bimbingan daripada pengarah Castello, Bade Azmi.

"Saya membuat persiapan selama tiga minggu sebelum melakonkan watak Pim. Antaranya saya telah menonton video filem Gia lakonan Angelina Jolie beberapa kali.

"Menerusi filem itu Angelina melakonkan watak seorang model yang ketagihan dadah. Saya cuba perhatikan cara dan gaya Angelina melakonkan watak sebagai penagih dadah.

"Selain itu, saya juga menonton filem berjudul Transpotting yang juga berkisar tentang kisah seorang penagih dadah,'' katanya ketika ditemui selepas pratonton filem Castello di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Liyana pada mulanya gusar untuk menerima tawaran berlakon dalam filem itu apatah lagi untuk melakonkan watak seperti itu.

Bagaimanapun, kegusaran tersebut lenyap apabila Rosyam Nor, penerbit dan pelakon utama filem itu, banyak memberi perangsang dan tunjuk ajar kepadanya.

"Pada mulanya saya rasa gementar juga untuk menjalani uji bakat filem ini. Namun, selepas saya lulus dalam uji bakat yang diadakan, abang Rosyam terus menelefon saya.

"Dia (Rosyam) lantas menawarkan saya berlakon dalam filem ini. Tetapi ketika itu saya rasa bimbang para penonton belum boleh menerima lakonan saya.

"Atas dorongan dan tunjuk ajar abang Rosyam dan abang Bade, saya akhirnya dapat juga melakonkan watak Pim dengan sedaya upaya saya,'' ujarnya.

Keberkesanan Liyana melakonkan watak Pim bukan sahaja kerana bakat lakonan yang dimilikinya, tetapi juga atas kesabarannya menimba ilmu daripada Bade.

"Abang Bade seorang pengarah filem yang amat teliti. Dia mahu setiap babak yang saya lakonkan dihayati dengan sempurna.

"Pada peringkat awal saya rasa takut untuk berlakon di bawah arahan abang Bade tetapi selepas seminggu di lokasi penggambaran barulah saya rasa selesa.

"Selain itu, mujurlah ibu bapa dan adik-beradik saya banyak memberi sokongan sepanjang penggambaran filem ini dijalankan,'' kata Liyana.

Anak bongsu daripada empat beradik ini tidak puas setakat berlakon dalam Castello. Dia berazam untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam dunia lakonan pada tahun depan.

Tambah Liyana, jika diberi peluang dia mahu melanjutkan pelajarannya dalam bidang teater dan seni persembahan bagi memantapkan lagi ilmunya dalam bidang lakonan.

"Buat masa ini, saya baru sahaja habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan tengah tunggu keputusan peperiksaan. Kalau keputusannya baik saya mahu sambung belajar,'' kata Liyana yang sebelum ini pernah berlakon drama televisyen berjudul Najwa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.