saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/12/2005

Rakyat Malaysia SMS RM1.7b

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM4.7 juta sehari atau RM1.716 bilion setahun untuk menghantar mesej melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Jumlah itu diperoleh berdasarkan perangkaan yang menunjukkan lebih 47 juta SMS dihantar setiap hari di negara ini dengan andaian setiap SMS dikenakan bayaran purata 10 sen.

Golongan wanita pula dipercayai menghabiskan lebih banyak wang daripada lelaki dalam penggunaan perkhidmatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TM Net Sdn. Bhd., Michael Lai ketika mendedahkan perkara itu berkata, lebih 47 juta transaksi SMS dilakukan setiap hari oleh kira-kira 16 juta pengguna telefon bimbit di negara ini.

``Kita juga mendapati lebih 50 peratus SMS adalah untuk berkomunikasi dengan rakan dan saudara mara manakala hanya 20 peratus SMS untuk urusan perniagaan,'' katanya pada sesi sarapan pagi bersama media di Carcosa Seri Negara di sini, hari ini.

Ditanya sumber data tersebut, Lai berkata: ``Ia diperoleh daripada syarikat penyelidikan, IDC Malaysia dengan anggaran caj purata 10 sen bagi setiap SMS.''

Pada majlis itu, Lai melancarkan perkhidmatan baru TM Net berasaskan SMS, Xecure Message Services (XMS) iaitu teknologi perisian yang meningkatkan tahap keselamatan dan ruang peribadi pengguna telefon bimbit.

Lai berkata, di pasaran global pula, lebih 1.3 trilion transaksi SMS dilakukan setiap hari.

Berdasarkan rekod, katanya, golongan muda merupakan kategori `aktif' dengan saiz pasaran global dianggarkan berjumlah AS$26.6 bilion (RM105 bilion) tahun ini.

Menurutnya, jumlah itu dijangka meningkat sebanyak AS$12 bilion (RM45.36 bilion) lagi menjelang 2007.

Katanya, menjelang 2008, kategori perkhidmatan data mudah alih merangkumi SMS dan sistem pesanan multimedia (MMS) dijangka menyumbang 60 peratus kepada perolehan syarikat telekomunikasi di dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.