saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/12/2005

Tukang jahit maut diragut dua lelaki

IPOH 14 Dis. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila seorang tukang jahit, Chang Poh Wan, 29, menemui ajal akibat terjatuh daripada motosikal setelah beg tangannya diragut di Batu 10, Jalan Jelapang-Chemor, di sini petang semalam.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, wanita yang masih bujang itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Kuang, Chemor di sini.

Katanya, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menaiki motosikal, meragut beg tangan mangsa menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah di kepala.

``Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan oleh orang ramai ke hospital dan disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 7 malam, selepas kira-kira lima jam bertarung nyawa,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, polis segera melancarkan operasi mengesan suspek dan menahan dua pemuda berusia 19 dan 37 tahun untuk membantu siasatan.

Che Sab berkata, suspek pertama berusia 19 tahun merupakan seorang pekerja kilang, manakala rakannya adalah seorang penganggur.

``Kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Klebang pada pukul 11.45 malam tadi dan sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut pagi ini.

``Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Jamaluddin Osman di talian 019-2336003,'' katanya.

Beliau berkata, insiden malang menimpa Poh Wan merupakan kes ragut pertama melibatkan kematian dilaporkan berlaku di Perak pada tahun ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Yap Kim Fong ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini memberitahu, kehidupan sehariannya banyak bergantung kepada Poh Wan yang tinggal serumah dengannya.

``Poh Wan merupakan anak perempuan tunggal saya, abang sulungnya yang sudah berkahwin tinggal di United Kingdom manakala adik bongsunya bekerja di Singapura.

``Saya pula tidak bekerja kerana menderita sakit tua dan darah tinggi. Selama ini, saya dijaga oleh Poh Wan, dia baik,'' katanya.

Menurut Kim Fong, anaknya yang menghidap penyakit thalasemia bekerja menjahit baju di rumah sendiri dan terpaksa berulang-alik ke hospital mendapatkan ubat bagi merawat penyakitnya.

``Biarpun dia sendiri sakit tetapi Poh Wan tidak pernah mengabaikan saya. Dialah yang bersusah payah mencari duit untuk menampung perbelanjaan seharian, mengemas rumah dan memasak,'' katanya.

Diminta menceritakan perwatakan anak gadis kesayangannya itu, Kim Fong berkata, Poh Wan seorang anak periang dan gemar bersiar-siar pada masa lapang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.