saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/12/2005

Tipah Tertipu filem jalanan karya Mamat Khalid

KONSEP filem ini ala-ala filem Grease lakonan John Travolta dan Olivia Newton John yang popular pada tahun 1970-an.

Tetapi Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri menggabungkan eleman komedi dan muzikal dengan nyanyian yang liriknya menterjemahkan dialog-dialog yang ingin disampaikan pembawa wataknya – Catt, Amir, Hussein, Azan dan Zain daripada kumpulan Ruffedge – sepanjang mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis.

Matlamat mereka hanya satu iaitu ingin bertemu Tipah (gadis idaman mereka sejak kecil) yang berjanji menanti mereka di negeri paling kecil di Malaysia.

Filem jalanan terbitan sulung Excellent Pictures Sdn. Bhd. (EPSB) yang menampilkan lawak selamba ilham skrip Mamat Khalid itu dijangka dapat menghiburkan audiens.

Tayangannya dijangkakan pada Mac atau Mei depan. Kata Idham, ceritanya mudah iaitu tentang keinginan lima sahabat bertemu dengan gadis idaman mereka.

Namun terdapat subplot untuk menyokong cerita yang berlaku pada sepanjang perjalanan mereka. Ini termasuklah watak Indra, seorang mat punk yang dibawa oleh Adlin Aman Ramlie.

''Kalau anda penggemar cerita Mamat Khalid, pasti anda sudah dapat bayangkan bagaimana situasi komedi yang dipersembahkan,'' kata Idham yang sebelum ini berpengalaman mengarah filem Mr. Cinderella lakonan Erra Fazira dan Yusry.

Mempertaruhkan konsep yang agak berbeza daripada filem-filem Melayu sedia ada, Idham berasa yakin dengan penerimaan audiens terhadap filem terbitan sulungnya itu.

''Terdapat dua era dalam Tipah Tertipu The Movie iaitu 20 peratus adegannya memaparkan kisah zaman kanak-kanak dan selebihnya alam dewasa lima sahabat ini.

''Justeru, saya yakin, ia mampu menarik perhatian golongan kanak-kanak untuk menontonnya. Apalagi kumpulan Ruffedge sendiri diminati oleh anak-anak kecil,'' jelasnya.

Kata Idham: ''Dalam filem ini kita menggambarkan kenakalan mereka pada masa kecil dan bagaimana waktu itu mereka amat meminati seorang budak perempuan bernama Tipah.

''Apabila dewasa, mereka membawa haluan masing-masing. Apa yang menarik, anggota Ruffegde tidak membawa watak sebenar mereka,'' ujar Idham.

Dalam filem tersebut, Catt membawa watak sebagai mat poyo yang taksub motor, Amir sebagai cikgu sekolah rendah, Azan seorang arkitek muda, Hussein sebagai anak taukeh permaidani dan Zain sebagai taukeh trak penunda.

Sementara watak Tipah yang dibawakan oleh pendatang baru, Intan Nurladyana, kata Idham, hanyalah sebagai satu simbol.

''Babaknya tidak banyak. Dia hanya muncul pada awal dan akhir cerita. Yang menjadi fokus ialah cerita yang berlaku sepanjang perjalanan untuk bertemu dengan si Tipah ini,'' katanya yang berkolaborasi dengan Mamat untuk idea dan lakon layar filem tersebut.

Mengenai pemilihan Mamat sebagai penulis skripnya, kata Idham: ''Saya sudah mengenali abang Mamat sejak berlakon dalam Spanar Jaya lagi dan saya benar-benar berbesar hati apabila dia mahu membantu.

''Dia hanya menyiapkan skrip itu dalam masa sebulan dan untuk menyiapkan jalan ceritanya, abang Mamat bertemu sendiri setiap anggota Ruffegde untuk membina karakter mereka."

Bercerita tentang penggambarannya pula, kata Idham, sebagai sebuah filem jalanan, hampir kebanyakan penggambaran dijalankan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan.

Biarpun mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), namun kerja-kerja penggambarannya tidak semudah yang disangka.

''Orang ingat shooting di lebuh raya satu kerja mudah. Tapi sebenarnya remeh-temeh. Malah kita mempunyai masa selama dua tiga minit sahaja untuk sesetengah lokasi.

''Namun kami amat berterima kasih dengan kerjasama PLUS yang sanggup menutup sebahagian jalan ketika penggambaran dijalankan di Sungai Perak dan di dalam terowong,'' ceritanya.

Malah Idham juga bangga dan gembira kerana mendapat sokongan kerajaan negeri Perlis kerana 40 peratus lokasi penggambaran filem tersebut dilakukan di negeri itu.

''Dan saya menyimpan impian untuk mengadakan tayangan gala Tipah Tertipu The Movie di Perlis sebagai tanda terima kasih saya terhadap sokongan mereka,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.