saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/12/2005

TNB mahu naikkan tarif elektrik 10% tahun depan

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini membayangkan telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 10 peratus mulai tahun depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohd. Noh yang enggan mengesahkan cadangan kadar kenaikan itu walaupun disoal bertalu-talu, menyatakan: ``Purata kepenggunaan elektrik bagi pengguna berpendapatan rendah di negara ini adalah sekitar RM15 sebulan manakala golongan berpendapatan sederhana pula kira-kira RM70 sebulan.

``Sekiranya, kita andaikan, berlaku perubahan pada tarif elektrik sebanyak 10 peratus, ia hanya menyebabkan pertambahan antara RM2 hingga RM7 sahaja.

``Kadar ini masih jauh lebih murah berbanding tarif elektrik di rantau ini.''

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan TNB di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Ketika itu, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie yang turut berada di situ mencelah: ``Kenaikan 10 peratus itu bukan angka spesifik, hanya andaian sahaja.''

Kadar tarif elektrik semasa bagi kediaman yang dikenakan oleh TNB ialah antara 21.8 sen dan 28.8 sen bagi setiap kilowatt jam.

TNB kali pertama menyuarakan hasrat untuk menaikkan tarif elektrik pada Oktober tahun lalu.

Alasannya kerana menghadapi masalah kewangan ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.

Kali terakhir tarif elektrik disemak ialah 10 tahun lalu.

Ketika membuat cadangan tersebut, Che Khalib berkata, semakan tarif elektrik itu bergantung kepada kadar kenaikan harga gas yang dibekalkan oleh Petronas kepada TNB.

Pada masa ini harga yang dikenakan adalah harga subsidi pada RM6.40 bagi setiap juta unit termal British (mmbtu), iaitu 79 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, kira-kira RM30 per mmbtu.

Sebanyak 67 peratus daripada janakuasa TNB dijana menggunakan gas yang diberi subsidi oleh Petronas manakala 33 peratus lagi dijana menggunakan arang batu.

Petronas sebelum ini menyatakan, pihaknya tidak membuat sebarang perbincangan atau cadangan untuk menaikkan tarif gas yang dibekalkan kepada TNB dan pengeluar tenaga bebas di negara ini.

Menurut Petronas, semua kenaikan bergantung kepada kerajaan.

Mengulas lanjut, Che Khalib berkata, permohonan kenaikan tarif itu dibuat bukan semata-mata disebabkan peningkatan harga minyak sebaliknya untuk memenuhi keperluan perbelanjaan modal.

Beliau yakin walaupun tarif meningkat sebanyak 10 peratus, ia tidak akan membebankan rakyat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.