saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/12/2005

PM, Timbalan sangka wanita dalam klip video warga China

PEKAN 16 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangka tahanan polis yang dikenakan ketuk-ketampi itu ialah seorang wanita warga China, sehinggalah identiti sebenarnya terbongkar dalam inkuiri awam baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat oleh Najib sendiri apabila diminta mengulas mengenai isu terbabit di sini hari ini.

Identiti wanita itu hanya diketahui pada hari kedua inkuiri pada 13 Disember lalu yang mendapati dia sebenarnya wanita Melayu.

Kemunculannya pada hari itu turut mengesahkan laporan eksklusif Utusan Malaysia pada 1 Disember lalu yang menyatakan wanita itu berketurunan Melayu.

Najib yang ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian seragam dan beg sekolah kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Pekan, berkata, isu itu bukan ditimbulkan atas faktor perkauman.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia sejak awal lagi menyuarakan kebimbangannya selepas perkara itu hangat disensasikan oleh pihak tertentu.

``Ini bukan soal perkauman kerana dari mula lagi kita telah menyuarakan keprihatinan kita berhubung isu ini. Walaupun sekiranya tahanan itu bukan warganegara Malaysia, kerajaan tetap merasakan sebarang perkara yang boleh dianggap sebagai menghina tahanan sebagai tidak wajar, melainkan jika mengikut peraturan ditetapkan oleh undang-undang,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.