saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/12/2005

Jatt BDB kahwin kali ketiga

SELEPAS menduda selama hampir enam tahun, vokalis dan pemain dram kumpulan Black Dog Bone (BDB), Jatt akhirnya merancang mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada tahun depan.

Ree, gadis Singapura berusia 30 tahun, adalah wanita yang berjaya menambat hati penyanyi itu yang mula mencipta nama bersama BDB pada 1970-an.

Menurut Jatt, dia tidak serik untuk berkahwin lagi walaupun dua perkahwinannya sebelum itu berakhir dengan perceraian.

"Saya bukan sahaja tidak serik untuk berkahwin lagi, tetapi saya juga tidak menolak jika diminta bersanding.

"Mungkin jodoh saya sudah sampai, jadi saya 'jalan' (terima) sahaja. Mungkin ini sudah takdir ketentuan Allah,'' katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar album kompilasi Semangat Zaman II-Suara Zaman di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Album terbitan Power Records Sdn. Bhd. itu menampilkan lagu terbarunya berjudul Tak Mungkin Bisa Sendiri.

Penyanyi berusia 49 tahun ini yang nama sebenarnya Tahir Ali ternyata tidak berselindung apabila diajukan tentang rancangan perkahwinan terbarunya.

Bagaimanapun, Jatt tidak bercadang untuk menjemput para wartawan membuat liputan perkahwinannya yang akan diadakan di Singapura pada bulan Jun tahun depan atas sebab-sebab tertentu.

"Saya tidak merancang untuk membuat kenduri secara besar-besaran. Ia cuma majlis kecil-kecilan untuk sanak keluarga dan kawan-kawan rapat.

"Ini kerana bakal isteri saya bukan public figure. Dia cuma penyanyi sambilan di kelab malam di Singapura,'' ujar Jatt.

Selain mahu menamatkan zaman dudanya, perkahwinan ketiga penyanyi kelahiran Bukit Cermin, Singapura itu juga banyak didorong oleh anaknya, Allisya, yang kini berusia lapan tahun. Allisya adalah hasil perkahwinan Jatt dengan bekas isteri keduanya, Sharifah Shahirah, pada 1996.

"Saya berkenalan dengan Ree sejak lima tahun lepas. Allisya suka dengan Ree sejak pertama kali dia bertemu dengan calon isteri saya itu.

"Dia (Allisya) juga selalu bertanya kepada saya bila saya mahu kahwin lagi? Mungkin sekarang adalah masanya,'' kata Jatt sambil ketawa.

Sebelum berkahwin dengan Sharifah Shahirah pada 1996 selama tiga tahun, Jatt pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas isteri pertamanya, Jumatya Suratman.

Hasil perkahwinan dengan Jumatya yang cuma bertahan selama 15 tahun, Jatt dikurniakan tiga orang anak iaitu Rozaniza, 27, Nureffa, 24, dan Muhammad Hafiidz, 23.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.