saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 21/12/2005

Kursus relevan syarat dapat dana IKS


Pengumuman kerajaan menyuntik RM3.2 bilion untuk pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sangat memberangsangkan dan tepat dalam memartabatkan peranan sepatutnya sektor ini dalam ekonomi negara.

Negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Itali dan Jerman begitu menitikberatkan pembangunan IKS. Susulan daripada hasil sektor ini secara langsung melibatkan kadar keluaran negara dan mencorakkan bentuk kantung rakyat secara individu.

Tidak hairanlah kenapa kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mempertingkatkan lagi daya usaha sektor ini dengan penubuhan sebuah bank khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana dan pelbagai agensi dalam pelaksanaan memajukan IKS.

Sumber pembiayaan adalah perkara terpenting buat IKS. Penubuhan Bank SMI amat tepat tetapi keberkesanannya masih belum boleh disahkan lagi memandangkan ia masih terlalu awal untuk dinilai. Bagaimana pula badan-badan kerajaan yang lain seperti Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) dan Kewangan Pembangunan Industri Malaysia (MIDF)?

Memang benar kesemua pengusaha IKS tahu akan kewujudannya, tetapi apakah sebenarnya fungsi agensi itu? Fahaman lama seperti agensi-agensi berkenaan adalah tuan kepada pengusaha-pengusaha IKS sudah pasti akan menyejukkan tujuan sebenar penubuhan agensi-agensi berkenaan.

Mereka sepatutnya turun padang dan mengeratkan diri dengan pengusaha-pe-ngusaha IKS serta membenarkan pengusaha berkenaan menerima maklumat yang sepatutnya dalam menjayakan sesebuah usaha.

Sumber pembiayaan adalah perkara terpenting buat IKS. Bagaimanapun sering kali kedengaran bahawa kebanyakan pengusaha IKS terutamanya bumiputera sentiasa dikaitkan dengan kekurangan aliran tunai.

Perkara begini memang benar dan amat membimbangkan. Bagaimanakah masalah ini boleh dielakkan? Ataupun adakah ia boleh diatasi? Jawapannya boleh dan sepatutnya telah lama diatasi. Jawapannya adalah memahami ilmu perancangan kewangan.

Selain daripada itu, sistem kewangan moden telah mendedahkan kita kepada banyak perkara yang sebelumnya sukar diatasi. Contohnya, setiap pembiayaan perniagaan khususnya pinjaman, memerlukan peminjamnya membayar ansuran bulanan tetap yang kadangkala boleh membeban sesuatu usaha.

Persoalannya, bolehkah perkara ini diatasi? Jawapannya boleh! Perancangan kewangan membenarkan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan kewangan sesebuah usaha. Jika wang yang dipinjam disimpan ke dalam suatu alat pelaburan yang memberi pulangan terlebih dahulu sebelum ia ditukarkan untuk aliran tunai, pengusaha-pengusaha IKS bukan hanya dapat menggunakan wang pinjaman seperti mana yang dirancang bahkan menerima pulangan yang membolehkan pembayarannya tersedia menerusi pulangan pelaburan secara automatik.

Bukankah dengan cara ini dapat memastikan pembayaran hutang tersebut? Bahkan dengan proses ini kesemua pengusaha IKS yang memerlukan suntikan modal semestinya dibantu dan dibiayai oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Dalam pelaksanaan pemberian pembiayaan dana IKS, setiap pengusaha akan diwajibkan menyertai kursus ICT. Tidak dinafikan pengetahuan ICT boleh meningkatkan keupayaan sesuatu usaha. Bagaimanapun, logikkah perkara ini diamalkan oleh pengusaha-pengusaha kecil seperti membuat keropok ataupun penjual karipap? Apakah kursus ini lebih penting jika dibandingkan dengan perancangan kewangan?

Bagaimanakah perancangan kewangan boleh membantu pengusaha-pengusaha IKS ini? Pertama, perancangan kewangan memastikan mereka menetapkan objektif dalam setiap usaha mereka. Dengan ini, setiap pengusaha berkenaan akan jelas terhadap apa yang diperlukan untuk mencapainya dan jelas dengan keusahawanan mereka.

Kedua, mereka perlu menetapkan jangka masa, baik dalam usaha mencapai matlamat sendiri bahkan juga jangka masa membayar balik pinjaman.

Apakah pengusaha-pengusaha IKS benar-benar faham akan tanggungjawab membayar balik pinjaman mereka? Ataupun adakah mereka memahami dan tahu aliran tunai mereka cukup untuk mereka mendapatkan pembiayaan? Ataupun memerlukan pinjaman yang dimohon?

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sejak dulu diajar untuk tidak meminjam. Apatah lagi cara membayarnya.

Budaya Melayu mengajar supaya jangan meminjam kalau boleh. Peliknya jika meminjam mereka liat membayar. Rata-rata mereka tidak diajar cara membayar hutang. Tetapi jika mereka mengetahui cara bagaimana wang pinjaman mereka boleh mendatangkan pulangan dengan sendirinya menerusi pelaburan dalam produk jaminan modal serta boleh menggunakannya juga menerusi kemudahan overdraf, sudah pasti ini akan digunakan kerana ia menguntungkan. Dividen atau pulangan pelaburan itu pula secara automatik boleh membayar balik pinjaman mereka.

Ketiga, setelah kedua-dua langkah di atas dikenal pasti, barulah pelan dibuat sebelum dilaksanakan. Segala pelan perlu dilaksanakan. Tiada makna jika ada pelan tetapi tidak dilaksanakan.

Setelah pelaksanaan pelan dibuat, pengusaha dan pihak-pihak yang memberi pinjaman harus memantaunya. Sungguhpun begitu, persoalan yang timbul adalah bagaimana untuk memantau jika kakitangan pelaksana sendiri tidak memahami modus operandi sesuatu usaha.

Pihak-pihak berkenaan perlu juga memastikan kakitangannya cukup terlatih dan tahu selok-belok sesuatu usaha. Kegagalan pihak-pihak pembiaya membantu pengusaha IKS adalah kerana mereka terlalu mementingkan semakan CCRIS dan cagaran ke atas pinjaman. Tiada alternatif lain selain daripada itu.

Sistem ini benar-benar bertindak menentang usaha setiap usahawan. Dan langkah terakhir perancangan kewangan iaitu semakan tahunan mereka bukan hanya membantu pihak pembiaya memastikan pembayaran balik pinjaman bahkan juga boleh memberi cadangan yang benar-benar berguna serta wajar dan tidak hanya memberi khidmat berbentuk lip service.

Bagaimanapun usaha kerajaan membantu IKS dengan suntikan dana baru sangat baik dan harus dipuji. Namun sekiranya sistem pembiayaan terlalu mudah, lebih mudah daripada mendapat kad kredit, sudah tentu akan mendatangkan hutang lapuk atau non-performing loan (NPL) yang tinggi.

Setiap pengusaha IKS harus dibantu dalam pembiayaan modal. Penglibatan mereka secara langsung menunjukkan keikhlasan serta semangat mengusaha yang disebut oleh agama kita sebagai sembilan daripada 10 punca rezeki yang terbaik.

Sehubungan itu, suatu kaedah pembiayaan menerusi inovasi perancangan kewangan harus dijadikan landasan untuk membangun sektor IKS ke tahapnya yang sebenar.

Jika tidak, peruntukan berbilion-bilion ringgit adalah diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi, tiada kesudahannya dan gagal mencapai hasrat sebenar yang boleh menggerakkan jentera ekonomi dan pastinya menguntungkan seluruh rakyat. Kreativiti dan inovasi perancangan kewangan boleh membantu meletakkan industri IKS di Malaysia ke tahap yang sepatutnya ia berada.

- Aziz Ibrahim ialah konsultan perancang kewangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.