saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/12/2005

Saya pernah lihat Bigfoot - Pegawai polis


BENTONG 25 Dis. - ``Gorila besar yang tingginya hampir paras bangunan empat tingkat itu tegap berdiri dari jarak kira-kira 10 meter sambil merenung ke arah kami.

``Keadaan ketika itu agak berkabus tapi kami nampak dengan jelas Bigfoot sedang bercekak pinggang dan memerhati kami.

``Selepas 10 minit dia mula menjerit dengan kuat sambil kedua-dua tangannya menepuk dada,'' kata Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan (DSP) Mohd. Fakri Che Sulaiman.

Walaupun peristiwa menakutkan bertemu Bigfoot di kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu berlaku 26 tahun lalu, beliau masih dapat mengingati detik-detik cemas berhadapan dengan makhluk luar biasa itu.

Katanya, ia berlaku pada 1979 ketika beliau menjadi Ketua Komander Platun 15 Kompeni D, Batalion 11 Pasukan Polis Hutan (PPH) - kini Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketika itu, beliau ditugaskan menjalankan kerja-kerja mengukur di kawasan Hutan Belum di Kelantan dan Perak, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

``Kami semua mulai panik, bayangkan betapa kuatnya jeritan Bigfoot itu sehingga menggegarkan peralatan yang kami bawa termasuk mesingan,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Fakri menceritakan, kira-kira pukul 8.30 malam pada malam ketiga operasi, beliau bersama kira-kira 10 anggota Platun 15 sedang berehat dan secara tiba-tiba terdengar deruan kuat dan bunyi langkah berjalan yang menggegarkan sedang menuju ke arah mereka.

Katanya, pada masa itu, beliau serta anggotanya sudah bersiap sedia untuk melepaskan tembakan, tetapi dinasihatkan agar tidak berbuat demikian kerana bimbang makhluk aneh itu akan bertindak lebih ganas.

Menurut Mohd. Fakri, tidak lama kemudian Bigfoot itu berpusing sambil menjerit menepuk dada sebelum beredar dari situ dan terus hilang.

Kira-kira pukul 8 pagi keesokannya, beliau serta semua anggota platun mula menjejaki kesan Bigfoot itu dan menemui dua bekas tapak kaki kiri dengan saiz setiap satu berukuran kira-kira 0.9 meter atau 3 kaki panjang.

``Selain kesan tapak kaki, kami juga dapati banyak pokok patah dan tumbang akibat rempuhan Bigfoot ketika melarikan diri ke dalam hutan,'' katanya sambil mengakui pengalaman aneh dan menakutkan itu masih segar dalam ingatannya.

Mohd. Fakri berkata, beliau terpanggil untuk berkongsi pengalamannya melihat sendiri Bigfoot berikutan penemuan makhluk seumpama itu di hutan Johor yang sedang heboh diperkatakan sekarang.

``Mungkin bagi sesetengah orang sukar percaya adanya Bigfoot tapi pada saya, makhluk ini memang wujud di hutan negara kita. Buktinya, bukan saya seorang saja nampak Bigfoot sewaktu bertugas dekat sempadan negara tapi ramai anggota nampak dengan jelas,'' tambahnya.

Beliau berkata, pengalaman terserempak dengan Bigfoot yang saiznya hampir menyamai ketinggian bangunan empat tingkat itu turut disaksikan oleh Penjaga Komander D, ASP Anuar Adam (kini sudah bersara) serta anggota platun lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.