saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 28/12/2005

Program API integrasikan pengajian Islam di UM

AKADEMI Pengajian Islam (API) Universiti Malaya yang ditubuhkan pada 1996 adalah gabungan antara Akademi Islam dan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Akademi Islam pada asalnya adalah Yayasan Pengajian Islam Tinggi Kelantan yang diambil alih oleh Universiti Malaya (UM) pada 1981.

Pengarah Akademi Islam yang pertama ialah Prof. Datuk Dr. Othman Ishak diikuti Datuk Md. Hashim Yahya dan seterusnya Prof. Dr. Abdul Halim Mat Diah manakala Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi adalah pengarah API yang pertama. Kini, API di bawah pengurusan pengarah keduanya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zain sejak dua tahun lalu.

Menurut Ab. Aziz, selepas hampir 10 tahun kewujudan API ia telah memainkan peranan penting melahirkan siswazah terlatih dalam bidang pengajian Islam di samping tidak mengabaikan kemahiran profesional dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan semasa.

“Pengajian Islam sebenarnya terbentuk daripada agama Islam yang mendidik umatnya ke arah kesejahteraan dan kebaikan. Dengan mengambil pendekatan demikian, API sentiasa berusaha untuk mendidik dan mengeluarkan siswazah yang berkebolehan memimpin masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan insan,” ujar beliau menghuraikan matlamat utama penubuhan API.

Bentuk pengajian di akademi itu menekankan kepada keperluan semasa terutama ke arah membentuk masyarakat yang seimbang dari segi pengetahuan dunia dan akhirat.

Beliau menyatakan, usaha untuk mencapai Wawasan 2020 sebagaimana yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu dilihat dari perspektif yang luas kerana kemajuan bukan sahaja melibatkan kecanggihan teknologi malah pembangunan moral dan nilai-nilai keislaman agar selari dengan pendekatan Islam Hadhari.

“Oleh kerana kita sedar tentang keperluan ini, maka program API diatur secara integrasi atau bersepadu dengan kerjasama fakulti-fakulti lain. Langkah ini amat penting kerana bentuk pengajian Islam bukan sekadar kepada amal ibadat semata-mata tetapi pengetahuan semasa bagi menghadapi persaingan globalisasi yang semakin hari semakin sengit. Kita tidak mahu umat Islam terus ketinggalan dalam pelbagai bidang,” kata Ab. Aziz yang merupakan pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Manusia akademi itu.

Program API dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Program-program yang dijalankan bersama fakulti-fakulti lain ini menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Sains Gunaan serta pengkhususan Falak Syarie, Alam Hayat dan Alam Fizik.

API menawarkan empat program di peringkat ijazah sarjana muda ia-

itu Syariah melibatkan enam pengkhususan, Usuluddin (enam pengkhususan), Pengajian Islam dengan Sains Gunaan (tiga pengkhususan) dan Pendidikan Islam (dua pengkhususan).

Sebahagian besar program pengkhususan ini berasaskan kokurikulum yang bersifat dwi-major pengkhususan dan mengutamakan aplikasi ilmu-ilmu Islam dalam pembangunan. Pelaksanaan kokurikulum dwi-pengkhususan ini sedang dimantapkan dan diperluaskan dengan perancangan untuk menjadikan keseluruhan pengajian dilaksanakan dalam tempoh empat tahun.

“Kita nampak bagaimana kaedah pengajian di API yang berbentuk integrasi dapat melahirkan siswazah yang mempunyai teras dan asas dalam pembangunan masyarakat. Malah API juga sedang berusaha untuk menambah beberapa program baru yang berbentuk integrasi, contohnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat dengan tujuan untuk melahirkan profesional dalam pengurusan perbankan Islam tanpa mengabaikan ilmu-ilmu Islam. Program ini dijangka ditawarkan kepada para pelajar mulai sesi pengajian tahun hadapan,” kata Ab. Aziz.

API juga dalam proses untuk mengemukakan cadangan bagi membentuk program integrasi yang baru, iaitu Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Islam, bagi memenuhi keperluan dalam masyarakat hari ini yang amat memerlukan seorang profesional dalam bidang tersebut. Lulusan program ini mampu memperjelaskan tanggapan-tanggapan negatif berkaitan dengan undang-undang Islam. Pihak pengurusan UM juga turut merancang beberapa lagi program baru yang akan ditawarkan kepada para pelajar dari semasa ke semasa bersesuaian dengan kehidupan zaman ini.

“Bentuk pengajian Islam pada hari ini telah mengalami transformasi daripada satu bentuk yang khusus pada ibadah kepada program pengajian bersifat profesional kerana umat Islam memerlukan kepakaran dan penguasaan dalam pelbagai bidang.

“Di samping mengejar kemahiran dan pengetahuan yang lain, mereka juga tidak mengabaikan aspek agama sebagai satu keperluan dalam hidup seorang Muslim sejati.

“Oleh itu, dengan menggabungkan kedua-dua elemen ini, diharapkan para siswazah API mampu bersaing secara adil dalam dunia pekerjaan yang kompetitif,” ujar Ab. Aziz mengenai keistimewaan bentuk pengajian di API.

Bagi mencapai matlamat API, siswazah perlu memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dan Arab memandangkan ia adalah bahasa komunikasi yang penting pada masa kini termasuklah di kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Para siswazah juga diberi latihan secukupnya dalam kemahiran komunikasi, kemahiran mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, kebolehan mengurus, mampu membuat pertimbangan berdasarkan kewajaran ilmu, inovatif, kritis serta mempunyai peribadi yang bersesuaian dengan bidang pekerjaan yang bakal diceburi kelak.

Sementara itu, pada peringkat ijazah tinggi, API menawarkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Pengajian Islam. Pada peringkat sarjana pula terdapat program pengajian Syariah dan Usuluddin dalam dua bentuk iaitu Disertasi Penuh dan Kursus dan Disertasi. Sarjana Pengajian Islam pula hanya menawarkan program secara Disertasi penuh.

Program-program peringkat tinggi API telah menarik minat ramai pelajar dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina. Antara negara-negara yang mempunyai calon ijazah peringkat tinggi ini termasuklah dari Kanada, Australia, Ghana, Pakistan dan China selain negara-negara Asia Barat seperti Mesir, Yemen dan Arab Saudi.

Para pelajar ijazah tinggi ini diselia oleh tenaga akademik API yang mempunyai 72 pensyarah yang pakar dalam Pengajian al-Quran dan hadis, Pengajian Sejarah, Akidah, Dakwah, Kepimpinan, Perundangan, Perekonomian, Pengurusan Kewangan dan Politik Islam.

Universiti Malaya telah menyediakan sebuah kompleks lengkap untuk API. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik kuliah, bilik seminar, masjid, gimnasium, dewan senamrobik, Panel Guaman Syariah, kedai buku, kedai runcit, kafetaria, Mahkamah Mut dan bilik kegiatan pelajar.

“Dengan kemudahan yang disediakan dan kemasukan pelajar dari luar negara, diharapkan para siswazah API mampu bersaing secara positif dalam dunia pekerjaan sebenar. Ini juga membuktikan bahawa kesepaduan ilmu yang ditawarkan telah memberi kelebihan kepada penuntut tempatan dan luar negara. API menaruh harapan tinggi agar mereka dapat memenuhi pasaran kerja di Malaysia dan negara-negara OIC,” kata Ab. Aziz.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.