saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 28/12/2005

Teknologi afektif komputer memahami emosi manusia

TEKNOLOGI pengkomputeran semakin pesat berkembang di negara ini. Kini, pada abad ke-21, pakar-pakar komputer Malaysia sudah mampu menghasilkan pelbagai aplikasi komputer untuk pelbagai tujuan penggunaan.

Pada masa ini, di mana-mana sahaja orang membicarakan tentang ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi).

Urusan perniagaan semakin dipermudahkan dengan kewujudan sistem komputer tertentu yang membantu merealisasikan perdagangan elektronik (e-dagang), yang kemudiannya diperhebatkan lagi dengan perdagangan mudah alih (m-dagang).

Bukan setakat itu sahaja, aplikasi komputer dalam bidang-bidang lain juga dapat dilihat perkembangannya.

Malah, Malaysia juga telah berjaya merealisasikan impian untuk mempunyai sebuah universiti terbuka bagi membolehkan semua rakyat belajar dan memperoleh segulung ijazah.

Maka wujudlah Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang keseluruhan pengendalian urusannya adalah secara dalam talian (on-line).

OUM adalah satu contoh kejayaan yang besar dalam percubaan Malaysia untuk menjayakan pembelajaran jarak jauh.

Di hospital, para pengamal perubatan negara ini kini saling bersemuka walaupun jarak adalah pemisah yang nyata. Persidangan jarak jauh seperti itu bukan baru di Malaysia, malah ia sudah lama diamalkan.

Kini usaha-usaha penyelidik sains komputer semakin diperhebatkan.

Pengkomputeran terkini seperti teknologi sentient (berperasaan) juga telah mula diperkenalkan, bukan sahaja di hospital-hospital, malah juga kilang-kilang.

Seiring dengan usaha membantu golongan orang kurang upaya melalui teknologi asistif (assistive), para penyelidik berusaha membolehkan komputer mengenali emosi manusia.

Teknologi ini dinamakan teknologi afektif (affective).

Teknologi yang dikaitkan dengan teknologi kepintaran buatan (AI) ini bukan lagi sesuatu yang mustahil.

Walaupun manusia mungkin sukar memikirkan logiknya, tetapi sebahagian usaha telah berjaya.

Sebagai contoh, penghasilan barisan komputer Deep Blue oleh IBM telah mencabar kepintaran seorang manusia kerana ia menewaskan juara catur dunia, Gary Kasparov, dalam satu perlawanan pada bulan Mei 1997.

Penghasilan filem berasaskan AI begitu mendapat sambutan seperti filem A.I., The Matrix dan sebagainya.

Dalam pengkomputeran afektif, komputer diberi kemampuan emosi bagi membolehkan ia mengenal pasti dan bertindak balas terhadap emosi manusia.

Gabungan kemajuan teknologi AI dan teori sains kognitif membolehkan pengkomputeran afektif menjadi kenyataan, walaupun ia diakui sukar kerana emosi merupakan tindak balas psikologi.

Menurut seorang ahli psikologi, Picard R. W., emosi dapat diketahui melalui gaya percakapan, mimik muka, pergerakan badan, degup jantung, perubahan kimia pada kulit dan tekanan darah.

Pengkomputeran afektif adalah bidang kajian yang memfokuskan kepada implementasi emosi yang dimiliki manusia kepada komputer.

Pengecaman emosi dan tindak balas komputer terhadap perubahan emosi manusia amat penting kerana ia tidak dikhususkan kepada satu-satu keadaan emosi sahaja seperti sedih atau gembira, tetapi juga melibatkan interaksi dalaman yang melibatkan fungsi otak dan organ dalaman.

Pengukuran tahap emosi seseorang dilakukan menggunakan isyarat psikologi yang boleh dikesan menggunakan peranti seperti kamera, pembesar suara dan sensor.

Terdapat beberapa sensor yang mampu mengesan emosi manusia seperti Galvanic Skin Response (GSR) Sensor, Blood Volume Pulse (BVP) Sensor, Respiration Sensor, dan Electromyogram (EMG) Sensor.

Sensor tersebut dilekatkan pada tubuh manusia bagi membolehkan sistem komputer beroperasi dengan sempurna, khususnya mendapat input daripada tubuh manusia.

Usaha-usaha yang dijalankan di Media Lab, Massachusetts Institute of Technology (MIT) telah menunjukkan banyak hasil.

Malah pertandingan-pertandingan robot di pelbagai peringkat mempamerkan pelbagai reaksi robot terhadap manusia yang dicipta pelbagai negara seperti Jepun dan United Kingdom. Ini termasuk usaha menghasilkan robot yang mempunyai rangsangan seks.

Kejayaan penghasilan komputer yang memahami emosi manusia oleh pakar-pakar sains komputer perlu dilihat daripada kedua-dua aspek kelebihan dan kekurangan.

Sebagaimana isu pengklonan manusia mencuri perhatian dunia, komputer yang memahami dan bertindak balas dengan emosi manusia juga dijangka memberi impak yang sama.

Gambaran kelemahan yang mungkin timbul telah diperlihatkan melalui senario dalam filem-filem seperti Terminator II dan A.I.

* Penulis ialah pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.